Seorang wanita anorexia dengan berat hanya 17 kilogram berdepan dengan maut dalam tempoh setahun jika tidak dirawat.
Kristina Karyagina, 26, dari Barnaul juga disaran oleh doktornya agar berlakon dalam filem seram dek susuk tubuhnya, hanya tinggal tulang rangka.
Menurut portal Mail Online, Kristina mengalami anorexia kerana enggan makan dan doktornya memberitahu ia seperti mayat hidup.
Kristina dikatakan berhenti makan ketika dia berada di sekolah menengah dan sejak itu berat badan semakin merosot serta kurus.
Dia telah mengamalkan diet dalam tempoh beberapa tahun dengan hanya memakan beberapa kepingan kecil epal dan pisang.
Difahamkan, berat badan Kristina lebih ringan daripada pesakit anorexia yang meninggal dunia iaitu 18 kilogram dan 25 kilogram.
Keadaan berat badan Kristina boleh mengakibatkan kerosakan organ yang serius.
Bagaimanapun masalah itu mendapat perhatian bintang realiti televisyen yang juga bekas anorexia, Maria Kokhno yang tampil untuk membantunya malah telah memulakan kempen rawatan buat Kristina sebelum terlewat.
Kempen Kokhno itu dilaksanakan menerusi Instagram miliknya dengan jumlah peminat seramai 520,000.
Dia juga meminta bantuan doktor pakar, Dr Yan Goland bagi membantunya untuk memulihkan Kristina.
Sinar Harian
Fri Sep 21 2018
Kristina Karyagina disaran doktornya agar berlakon filem seram dek susuk tubuhnya yang hanya tinggal tulang rangka. -Foto Sinar Harian
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Fenomena La Niña berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang dan jika berlaku, ia dijangka lemah dan bersifat jangka pendek, menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia.
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Digelar mayat hidup, wanita anorexia disaran doktor berlakon filem seram
Seorang wanita anorexia dengan berat hanya 17 kilogram berdepan dengan maut dalam tempoh setahun jika tidak dirawat.