JAKARTA: Jika ditanya kepada seluruh umat Islam, pengakhiran bagaimanakah diinginkan mereka, sudah pasti jawapannya mati dalam keadaan husnul khatimah.
Begitulah pengakhiran seorang wanita di Indonesia yang meninggal dunia dalam melaksanakan amalan soleh.
Menurut laporan Tribunnews, wanita yang tidak dinamakan itu menghembuskan nafas terakhir ketika sedang membaca al-Quran di sebuah masjid di Bandung, Jawa Barat.
Kejadian berlaku ketika Majlis Taklim Nurunnisa di Masjid Babussalam baru-baru ini dan ia sempat dirakam oleh jemaah lain sebelum tular di media sosial.
Dalam majlis berkenaan, wanita berbaju serba putih itu pada mulanya dilihat mengetuai bacaan al-Quran bersama jemaah lain.
Bagaimanapun, wanita tersebut tiba-tiba berhenti membaca dan kelihatan tertunduk lemah.
Tidak lama kemudian, wanita itu jatuh terlentang ke belakang dan tidak sedarkan diri.
Jemaah lain kemudian membantu wanita itu beristighfar dan mengucapkan dua kalimah syahadah.
Warganet yang melihat klip video tersebut mencemburui kematian wanita berkenaan kerana dijemput Ilahi ketika sedang melakukan amal ibadah. - Sinar Harian memetik Agensi
Sinar Harian
Wed Apr 12 2023
Rakaman video yang tular di media sosial memaparkan detik kematian seorang wanita yang sedang membaca al-Quran di sebuah masjid di Bandung. - Foto agensi
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Dijemput ajal ketika baca al-Quran di masjid
Wanita yang tidak dinamakan itu menghembuskan nafas terakhir ketika mengetuai jemaah lain membaca al-Quran.