awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dina Boluarte jadi Presiden wanita pertama Peru

Astro Awani
Astro Awani
08/12/2022
01:10 MYT
Dina Boluarte jadi Presiden wanita pertama Peru
Boluarte, yang juga seorang peguam, telah mengangkat sumpah jawatan tertinggi di Kongres untuk menjadi Presiden keenam Peru dalam tempoh lima tahun. - Foto AP
LIMA: Naib Presiden Peru Dina Boluarte diangkat menjadi Presiden wanita pertama Peru selepas pergolakan politik penuh dramatik yang menyaksikan penyandang jawatan itu ditahan pihak berkuasa.
Boluarte, 60, yang juga seorang peguam telah mengangkat sumpah jawatan tertinggi di Kongres untuk menjadi Presiden keenam Peru dalam tempoh lima tahun.
Boluarte, dalam sidang media pertamanya selepas mengangkat sumpah menggesa gencatan politik dan penubuhan Kerajaan Perpaduan Nasional.
"Apa yang saya minta adalah ruang, masa untuk menyelamatkan negara," katanya.
Majlis itu berlangsung beberapa jam selepas majoriti 101 ahli dalam badan perundangan yang terdiri daripada 130 orang mengundi untuk menolak bekas Presiden Pedro Castillo atas sebab "ketidakupayaan moral yang kekal".
Presiden Castillo ketika itu mengumumkan rancangan untuk membubarkan Kongres dan melaksanakan undang-undang darurat menjelang undian pemecatan oleh penggubal undang-undang, yang disifatkan oleh Ombudsman Peru sebagai tindakan yang dilihat bakal mencetuskan krisis perlembagaan.
Sebaik usahanya gagal, dia dilihat meninggalkan Istana Presiden dan memasuki balai polis sebelum Pendakwa Raya Persekutuan mengumumkan Castillo telah ditangkap atas tuduhan pemberontakan kerana didakwa melanggar Perintah Perlembagaan.
"Kami mengutuk pelanggaran Perintah Perlembagaan," kata Pendakwa Raya Persekutuan dalam satu kenyataan.
"Perlembagaan politik Peru memaktubkan pengasingan kuasa dan menetapkan bahawa Peru adalah sebuah Republik yang demokratik dan berdaulat. Tiada pihak berkuasa boleh meletakkan dirinya di atas Perlembagaan dan mesti mematuhi mandat perlembagaan," tambahnya.
Media tempatan turut melaporkan melihat beberapa pertempuran kecil antara polis dan beberapa penunjuk perasaan yang berkumpul berhampiran balai.
Topic Berkaitan
#Presiden Wanita
#Dina Boluarte
#Pedro Castillo
#darurat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan