40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

Kira-kira 40 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan berdekatan Sekolah Kebangsaan Kampung Titingan, pagi tadi. - Foto media sosial/via Sinar Harian
TAWAU: Kira-kira 40 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan berdekatan Sekolah Kebangsaan Kampung Titingan, di sini pagi tadi.
Ringkasan AI
- Kira-kira 40 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan, Tawau, berdekatan Sekolah Kebangsaan Kampung Titingan. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah melaporkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan, dan punca kebakaran masih disiasat.
- Pihak Bomba tiba di lokasi kejadian dalam masa 8 minit selepas menerima panggilan pada 10.15 pagi. Operasi pemadaman menggunakan sumber air terbuka dan tanker air bomba. Operasi berjaya dikawal pada 12.03 tengah hari.
- Seorang mangsa kebakaran, Saparida Ambuolo, berharap kerajaan dapat menyediakan rumah kepada mangsa seperti Program Perumahan Rakyat. Beliau reda dengan ujian kebakaran ini menjelang Ramadan tanpa persediaan menyambut bulan mulia itu.
Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Dalam pada itu, seorang mangsa kebakaran Saparida Ambuolo yang berusia lingkungan 60-an berkata ketika itu dia sedang menunai solat sunat dhuha pada 10 pagi sebelum mendengar jeritan jiran mengenai kebakaran.
"Kejadian kebakaran itu pengalaman kedua saya. Tidak tahu lagi mahu tinggal di mana selepas ini, saya harap kerajaan boleh menyediakan rumah kepada mangsa kebakaran seperti Program Perumahan Rakyat," katanya.
Saparida Ambuolo juga reda dengan ujian itu ketika menjelang Ramadan, dan tiada lagi persiapan duntuk menyambut bulan mulia itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


