awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Disangka pencuri, wanita digigit anjing K9 saman polis

Agensi
Agensi
09/12/2017
04:04 MYT
Disangka pencuri, wanita digigit anjing K9 saman polis
Collins dakwa alami kecederaan akibat kesilapan anjing polis. - Gambar hiasan
Seorang wanita tidak menyangka rutin membuang sampah di belakang rumah bertukar tragedi apabila dia diserang seekor anjing pengesan (K9) polis St Paul, Minnesota, Amerika Syarikat (AS).
Mangsa Desiree Collins, 52, terkejut apabila diserang anjing K9 bernama Gabe itu dalam kejadian pada September lalu kerana disangka suspek pencuri.
Malah, Collins turut mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan selepas digigit kira-kira 30 saat oleh Gabe.
Pegawai Polis St Paul, Thaddeus Schmidt yang bertanggungjawab mengendalikan Gabe gagal memberhentikan perbuatan haiwan itu walapun telah diarahkan.
Pada ketika itu, Schmidt yang mengendalikan Gabe sedang memburu dua suspek yang disyaki pencuri sebelum 'menyerang' Collins.
Collins kemudian menfailkan tuntutan di mahkamah atas kecuaian pegawai polis St Paul itu.
Akibat daripada serangan itu, Collins mendakwa dia mengalami kecederaan dengan beberapa kesan luka.
Video kamera polis menunjukkan anjing itu terus menerkam ke arah Collins dan menggigit bahagian lengannya selama kira-kira 30 saat, walaupun telah diarahkan oleh schmidt.
Ketua polis St. Paul, Todd Axtell menyatakan kejadian itu tidak sepatutnya berlaku.
Topic Berkaitan
#anjing
#gigit
#mahkamah
#pencuri
#polis
#serangan
#suspek
#video
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan