awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Disangka singa sesat rupa-rupanya beg beli-belah

Sinar Harian
Sinar Harian
27/05/2022
08:03 MYT
Disangka singa sesat rupa-rupanya beg beli-belah
Beg berkenaan sebenarnya digunakan untuk mengisi anak pokok avokado dan diletakkan pemilik rumah di kawasan semak bagi mengelak ia daripada kering. - Foto Agensi
KEGUSARAN seorang pekerja ladang di Kenya berakhir selepas mendapati 'seekor singa' yang bersembunyi di kawasan semak berhampiran kediaman penduduk rupa-rupanya hanyalah beg beli-belah.
Insiden melucukan itu berlaku baru-baru ini di Kampung Kinyana yang terletak hanya satu kilometer dari Taman Negara Gunung Kenya.
Sebelum itu, tiga pegawai Perkhidmatan Hidupan Liar Kenya dikerah ke lokasi tersebut selepas menerima panggilan daripada pengadu.
Namun, selepas diselidik ia hanyalah beg beli-belah yang dihias gambar realistik singa.
Beg berkenaan sebenarnya digunakan untuk mengisi anak pokok avokado dan diletakkan pemilik rumah di kawasan semak bagi mengelak ia daripada kering.
Pemilik rumah tiada semasa operasi 'menangkap' singa tersebut dijalankan.
Biarpun kejadian itu palsu, namun pihak berkuasa memuji tindakan pengadu kerana mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan kemungkinan konflik. - Agensi
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Topic Berkaitan
#singa
#pusat beli-belah
#hidupan liar kenya
#taman negara gunung kenya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan