awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ditindas kejam, mahasiswa Bangladesh rayu sokongan dan solidariti antarabangsa

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
21/07/2024
20:40 MYT
Ditindas kejam, mahasiswa Bangladesh rayu sokongan dan solidariti antarabangsa
Demonstrasi yang diketuai mahasiswa itu bertukar ganas pada Selasa lalu selepas mereka mula bertempur dengan polis sehingga menyebabkan lebih 150 nyawa melayang. - Foto fail/REUTERS
KUALA LUMPUR : Rakyat Bangladesh amat memerlukan sokongan dan solidariti antarabangsa ketika negara itu berdepan protes bantahan di ibu negara, Dhaka yang sehingga kini mengorbankan ratusan nyawa.
Penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang juga warga Bangladesh, Munware Alam dalam kenyataan yang dikongsinya kepada Astro AWANI pada Ahad berkata suara rakyat terutamanya golongan belia disekat dan mereka ditindas dengan kejam susulan bantahan mengenai kuota pekerjaan kerajaan.
"Sejak kebelakangan ini, gerakan mahasiswa muncul dengan ketara di Bangladesh yang mana menggesa pembaharuan mengenai kuota pekerjaan.
"Walau bagaimanapun, seruan aman perubahan ini disahut kejam. Agensi penguatkuasa undang-undang telah mengambil tindakan yang melampau sehingga mengakibatkan kematian tragis lebih 40 mahasiswa akibat ditembak.
"Malah, keadaan semakin buruk apabila kerajaan mengambil keputusan untuk menghentikan perkhidmatan internet menyebabkan hubungan luar rakyat Bangladesh terputus," katanya.
Justeru, beliau menyeru agar pihak antarabangsa tampil untuk membantu termasuk Malaysia, memandangkan kedua-dua negara ini mempunyai hubungan yang baik.
"Sokongan anda dapat membawa perubahan besar dan signifikan dalam situasi ini.
"Kami meminta agar anda bersama meningkatkan kesedaran mengenai krisis di Bangladesh menerusi perkongsian sosial media dan platform-platform lain.
"Seru badan-badan antarabangsa dan organisasi-organisasi kemanusiaan untuk campur tangan dan menghentikan keganasan.
"Dengan cara ini, anda dapat membantu memastikan hak dan nyawa rakyat Bangladesh dilindungi," ujar beliau.
Beliau berharap agar keadilan dan kemanusiaan menang tanpa ada rasa takut.
Dalam perkembangan terbaharu, mahkamah agung Bangladesh pada Ahad mengumumkan pengurangan kuota untuk pemohon kerja sektor awam.
Keputusan itu dibuat selepas sistem tersebut mencetuskan pergolakan di seluruh negara termasuk pertempuran maut antara polis dan penunjuk perasaan.
Sebelum ini, sistem itu memperuntukkan 30 peratus daripada pekerjaan sektor awam kepada waris veteran perang.
Demonstrasi yang diketuai mahasiswa itu bertukar ganas pada Selasa lalu selepas mereka mula bertempur dengan polis sehingga menyebabkan lebih 150 nyawa melayang.
Topic Berkaitan
#protes
#Tunjuk Perasaan Bangladesh
#Bantahan Kuota Pekerjaan
#pertempuran
#rakyat Bangladesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan