BANGKOK: Doktor terkemuka di Thailand hari ini mendesak kerajaan menangguhkan pembukaan semula pulau peranginan Phuket kepada pelancong yang telah divaksin tanpa perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari, mulai 1 Julai.
Dekan Fakulti Perubatan Hospital Siriraj Universiti Mahidol, Prof Dr Prasit Watanapa berkata kadar vaksinasi yang rendah serta kemungkinan varian baharu akan dibawa masuk ke negara ini yang boleh menimbulkan ancaman baharu.
"Kuarantin dua minggu perlu dilakukan.
"Vaksin tidak berkesan terhadap semua varian. Ya sekarang tidak ada, tetapi kemungkinan akan muncul varian baharu yang tidak dapat dikawal.
"Jika langkah-langkah untuk sekatan kawasan dan mengawal penularan tidak selari dengan vaksinasi, dan orang ramai anggap semuanya akan baik hanya kerana telah divaksin, saya fikir ia berbahaya.
"Jika ada penularan baharu di Phuket, saya fikir ia akan memburukkan lagi ekonomi," katanya seperti dipetik oleh Thai PBS.
Di bawah rancangan "Phuket Sandbox", pelancong asing yang telah divaksin tidak perlu menjalani kurantin wajib 14 hari. Namun, mereka harus tinggal di pulau itu selama 14 hari sebelum pergi ke wilayah lain dalam negara.
Setakat 15 Jun, sejumlah 6.78 juta orang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin termasuk 1.83 juta telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19.
Sementara itu, Thailand meningkatkan usaha dalam memerangi COVID-19 di kilang-kilang ketika berlakunya lonjakan jangkitan.
Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata pada masa ini terdapat 64,038 kilang di negara ini.
Menurut beliau, sejak gelombang ketiga pandemik COVID-19 dikesan pada April, kes COVID-19 turut dilaporkan di kilang-kilang yang mengeluarkan pelbagai produk di 27 wilayah.
Oleh itu, katanya, Kementerian Perindustrian dan Jabatan Kesihatan akan melakukan pemeriksaan di kilang-kilang besar terutama kilang makanan.
"Organisasi pentadbiran tempatan dan gabenor wilayah mesti melakukan pemeriksaan untuk memastikan kilang-kilang ini mematuhi sepenuhnya peraturan kawalan penyakit untuk mencegah penularan COVID-19. Pegawai akan memberi nasihat kepada kilang-kilang yang didapati kurang mematuhi langkah kawalan penyakit," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.
Beliau berkata terdapat tiga kluster baharu telah dikesan di Samut Prakan, di pinggir Bangkok dengan kes COVID-19 yang disahkan dilaporkan di tiga kilang.
Sepanjang 24 jam lalu, Thailand mencatat 2,331 kes baharu COVID-19 dan 40 kematian, menjadikan jumlah jangkitan dalam negara kepada 204,595 dan 1,525 kematian.
Daripada kes baharu, 2,302 adalah jangkitan tempatan termasuk 462 melalui pengesanan kes aktif, dan 29 kes import termasuk 12 yang masuk secara haram ke negara ini.
Beliau berkata kematian baharu melibatkan 24 lelaki dan 16 wanita berusia antara 34 hingga 90 tahun, termasuk 20 di Bangkok, Nakhon Pathom (lima), Ayutthaya (empat), masing-masing dua di Chon Buri, Pathum Thani dan Samut Prakan, dan masing-masing satu di Phetchaburi , Ratchaburi, Nakhon Sawan, Phatthalung dan Surat Thani.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 16 2021
Dr Prasit berkata kadar vaksinasi yang rendah serta kemungkinan varian baharu akan dibawa masuk ke Thailand boleh menimbulkan ancaman baharu. - Gambar/ BERNAMA
Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Hajiji mahu Jabatan Perhutanan Sabah tingkat kutipan hasil hutan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) meningkatkan kutipan hasil hutan untuk mencapai sasaran RM165 juta yang ditetapkan pada tahun ini.
HAWANA: Lima wartawan Sarawak bakal terima Anugerah Apresiasi Premier Sarawak
Kriteria bagi penerima anugerah itu akan diumum sewaktu acara kemuncak penyampaian Anugerah Tokoh HAWANA.
Kerajaan negeri teliti tangguh naik taraf menara condong tahun depan - Exco
Kerajaan negeri berkemungkinan menangguhkan kerja-kerja menaik taraf dan baik pulih ikon pelancongan Menara Condong Teluk Intan yang sepatutnya bermula tahun ini ke awal tahun depan.
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.