awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Donald Trump mengaku tidak bersalah atas tuduhan jenayah

Astro Awani
Astro Awani
04/08/2023
01:30 MYT
Donald Trump mengaku tidak bersalah atas tuduhan jenayah
Beliau menafikan terlibat dalam dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai "penindasan pihak lawan dalam politik". - Foto AP
WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengaku tidak bersalah di mahkamah Washington DC pada Khamis atas tuduhan cuba membatalkan kekalahan dalam Pilihan Raya AS pada 2020.
Beliau menafikan terlibat dalam dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai "penindasan pihak lawan dalam politik".
Trump dihadapkan ke mahkamah tiga kali dalam tempoh empat bulan atas tuduhan jenayah.
Beliau memasuki bangunan mahkamah melalui pintu belakang, beberapa meter dari Capitol, di mana berlakunya rusuhan pada 6 Januari 2021.
Kejadian itu yang mendorong siasatan dilakukan terhadapnya.
Kira-kira 1,000 individu telah didakwa di mahkamah yang sama kerana mengambil bahagian dalam rusuhan itu.
Selasa lepas, Trump didakwa atas tuduhan jenayah berkaitan cubaan untuk membatalkan kekalahan dalam Pilihan Raya AS, tuduhan jenayah ketiga ke atas beliau dalam tempoh empat bulan terakhir.
Beliau didakwa atas tuduhan bersubahat untuk menipu kerajaan AS, cubaan untuk menyogok seorang saksi dan bersubahat untuk menghalang suara rakyat.
Trump juga didakwa dalam dua lagi kes berasingan berhubung pengendalian dokumen rahsia kerajaan dan membayar pelakon lucah sebelum pilihan raya 2016.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#tidak bersalah
#penindasan pihak lawan
#tuduhan jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan