KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan kekecewaan terhadap negara Islam terutama rantau Arab yang seolah-olah tidak mengambil berat terhadap nasib umat Islam di Palestin.
Malah, katanya kebanyakan negara Arab enggan mengenakan tekanan terhadap Israel sebaliknya ada yang ingin mewujudkan hubungan baik dengan rejim Zionis itu.
“Sekarang kebanyakan negara Arab enggan mengambil tindakan terhadap Israel. Malah ada antara mereka memutuskan mereka harus mempunyai hubungan dengan Israel.
“Mungkin mereka rasa ia dapat mengurangkan serangan terhadap Palestin tetapi saya tidak yakin bahawa usaha untuk bekerjasama dengan Israel ini akan mengakibatkan orang Palestin memperoleh kembali tanah mereka," katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.
Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan usaha negara Arab menjalinkan hubungan dengan Israel tidak memberi sebarang makna kepada perjuangan Palestin.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, negara Islam hanya memberi tumpuan kepada masalah dan permusuhan sesama mereka dan tidak mempedulikan nasib umat Islam lain yang berada di luar lingkungan negara mereka.
Dalam pada itu, beliau berkata, dunia nampaknya melihat bahawa Palestin yang melakukan provokasi terhadap Israel dan sudah tiba masanya semua negara Islam bersatu dan mencari strategi baharu demi memastikan nasib rakyat di negara berkenaan terbela.
“Kita perlu mempertimbangkan strategi baharu dalam memperjuangkan keadilan. Penting untuk kita mendapatkan pengiktirafan diplomatik dan diplomasi untuk menjelaskan kebenaran bahawa mangsanya adalah rakyat Palestin, bukan sebaliknya,” ujarnya.
Ridauddin Daud
Fri May 14 2021
Dr Mahathir berkata, negara Islam hanya memberi tumpuan kepada masalah dan permusuhan sesama mereka. - Gambar fail/ Bernama
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kesatuan Wartawan Palestin lancar kempen #WomenJournalistsWartime
Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keganasan yang dihadapi wanita Palestin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Anuar Zain dilantik Duta Kemanusiaan MAHAR
Anuar Zain dilantik sebagai Duta Kemanusiaan Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) sempena kempen 'Palestine Rays of Hope'.
Arab Saudi henti perjanjian pertahanan dengan AS - Laporan
Riyadh kini menumpukan perhatian pada perjanjian kerjasama ketenteraan yang lebih sederhana.