awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Tedros kekal calon tunggal ketuai WHO

Astro Awani
Astro Awani
30/10/2021
00:27 MYT
Dr Tedros kekal calon tunggal ketuai WHO
Pada 2017, Tedros menjadi warga Afrika pertama mengetuai agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). - Foto REUTERS
GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, kekal jadi calon tunggal mengetuai agensi itu, selepas penggalnya tamat pada Ogos 2022.
Menurut WHO, Tedros selaku penyandang Ketua Pengarah Agensi itu, mendapat sokongan 28 negara, termasuk Perancis, Jerman, Indonesia, Belanda dan Sepanyol.
Bekas Menteri Kesihatan dan Luar Ethiopia berusia 56 tahun itu berada di barisan hadapan dalam memerangi pandemik COVID-19 selepas dipilih ke jawatan itu pada 2017.
Tarikh akhir pencalonan ialah 23 September lepas.
Pada 2017, Tedros menjadi warga Afrika pertama mengetuai agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Beliau menjadi wajah WHO sejak permulaan krisis COVID-19 dan popular kerana peranannya dalam mengemudi usaha pertubuhan bagi penyelarasan tindak balas pandemik.
Bagaimanapun, pencalonannya menjadi rumit selepas Ethiopia mendakwa menarik balik sokongannya susulan konflik di wilayah asalnya di Tigray.
Calon untuk jawatan tertinggi badan kesihatan PBB biasanya dicalonkan negara asal mereka.
Tedros menimbulkan kemarahan kerajaan Addis Ababa dengan menggunakan pentas WHO bagi mengutuk tindakan keras di Tigray.
Negara anggota secara rasmi akan mengundi ketua WHO seterusnya dalam undian rahsia pada Mei depan ketika Perhimpunan Kesihatan Sedunia, mesyuarat tahunan utama pertubuhan itu membabitkan semua negara anggota.
Topic Berkaitan
#WHO
#Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus
#Ketua Pengarah
#undian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan