DUNIA
Dua anggota polis cedera, 23 ditahan dalam malam kedua protes di Dublin
Anggota polis Garda Síochána berkawal di lokasi sebuah kenderaan polis yang hangus terbakar berhampiran Hotel Citywest, susulan kekacauan yang tercetus di luar hotel penempatan pemohon suaka di Dublin. - Foto AP
DUBLIN: Dua pegawai polis Ireland cedera dan 23 individu ditahan dalam malam kedua kekacauan di luar Hotel Citywest, lokasi penempatan pemohon suaka di Dublin.
Ringkasan AI
Insiden berlaku selepas protes berhubung dakwaan serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan berdekatan awal minggu ini.
Menurut An Garda Síochána, pegawai pertama cedera di kepala akibat balingan botol, manakala seorang lagi mengalami kecederaan bahu.
Kekacauan Rabu malam menyaksikan batu, botol dan bunga api dilempar ke arah barisan keselamatan polis, walaupun skala kekacauan tidak seteruk malam sebelumnya.
Pada Selasa malam, sebuah kenderaan polis dibakar dan helikopter polis disasarkan dengan laser.
Polis menyifatkan kekacauan itu sebagai tindakan terancang yang digerakkan melalui media sosial oleh kumpulan yang menyebarkan kebencian dan keganasan.
Pesuruhjaya Garda, Justin Kelly, menegaskan bahawa protes aman tidak melibatkan senjata, pembakaran kenderaan atau serangan terhadap pegawai.
Beliau berjanji akan bertindak tegas terhadap sebarang kekacauan susulan.
Hotel Citywest menempatkan keluarga termasuk kanak-kanak sekolah di bawah program perlindungan antarabangsa kerajaan Ireland.
Pengetua Sekolah Komuniti St Aiden’s, Kevin Shortall, menyifatkan insiden itu sebagai “kemarahan yang tersasar” dan memberi kesan buruk kepada pelajar yang merasa terancam dan dibenci.
Lima lelaki telah didakwa atas kesalahan ketenteraman awam dan senjata, manakala seorang wanita dibebaskan tanpa dakwaan.
Perdana Menteri Ireland, Micheál Martin, menyatakan kekacauan itu “tidak dapat diterima” dan menyeru agar pelaku dibawa ke muka pengadilan.
Siasatan lanjut sedang dijalankan, termasuk analisis rakaman CCTV dan kamera badan untuk mengenal pasti individu yang terlibat dalam kekacauan.
Garda menyatakan bahawa tindakan Rabu malam didominasi oleh lelaki muda dan remaja.
Ringkasan AI
- Dua pegawai polis cedera dan 23 individu ditahan dalam malam kedua kekacauan di luar Hotel Citywest, susulan protes berkaitan dakwaan serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak.
- Polis menyifatkan kekacauan sebagai tindakan terancang melalui media sosial; Pesuruhjaya Garda dan Perdana Menteri Ireland mengecam keganasan dan berjanji tindakan tegas.
- Hotel menempatkan keluarga pemohon suaka termasuk pelajar sekolah; insiden disifatkan sebagai "kemarahan tersasar" yang menjejaskan keselamatan dan persepsi terhadap komuniti tersebut.