awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua juruterbang Air India disiasat, didakwa bergaduh dalam pesawat

AFP
AFP
06/04/2015
12:10 MYT
Dua juruterbang Air India disiasat, didakwa bergaduh dalam pesawat
Dua juruterbang Air India disiasat setelah dilaporkan bergaduh di dalam kokpit sebelum pesawat berlepas.
Dua juruterbang Air India disiasat setelah dilaporkan bergaduh di dalam kokpit sebelum pesawat berlepas.
Menurut akhbar Hindustan Times pada Isnin, pembantu juruterbang didakwa menyerang kapten pesawat berkenaan ketika mereka sedang bersedia melakukan penerbangan dari Jaipur ke New Delhi pada malam Ahad.
Pertelingkahan tercetus apabila pembantu juruterbang itu tidak senang dengan permintaan kapten yang memintanya menulis maklumat kritikal penerbangan - seperti jumlah penumpang di dalam pesawat, berat sebelum berlepas dan penggunaan minyak - sebelum berlepas.
"Pembantu juruterbang itu dikatakan tidak berpuas hati dengan arahan kapten tersebut dan dilaporkan telah bertindak memukulnya," kata akhbar itu yang memetik sumber yang tidak dinamakan.
Bagaimanapun, pesawat itu berlepas mengikut jadual kerana kapten pesawat Airbus A320 itu hanya melaporkan kejadian berkenaan selepas sampai ke destinasi.
Menurut kapten, dia tidak melaporkan kejadian pada masa itu kerana tidak mahu menganggu keselesaan penumpang dengan membatalkan penerbangan itu
Syarikat penerbangan itu, walau bagaimanapun, menafikan sebarang keganasan berlaku.
"Hanya berlaku pertengkaran di antara kapten dan pembantu juruterbang disebabkan beberapa isu.
"Oleh itu, pihak syarikat telah mengubah jadual dua juruterbang terbabit sementara menunggu keputusan siasatan dikeluarkan," kata seorang jurucakap Air India.
Air India, yang dilaporkan tidak meraih keuntungan tahunan sejak tahun 2007, telah dilanda rentetan masalah teknikal dan beberapa insiden memalukan yang lain, termasuk anak kapal tiba lewat daripada jadual penerbangan.
Topic Berkaitan
#Air India
#bergaduh
#Juruterbang
#kokpit
#pembantu juruterbang
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan