KABUL: Dianggarkan kira-kira dua juta ibu tunggal selain 1.5 juta anak yatim di Afghanistan sedang menantikan bantuan kemanusiaan antarabangsa.
Menteri Syuhadah dan Orang Kurang Upaya Afghanistan Abdul Majeed Akhund berkata, pendudukan tentera asing dan peperangan di negara itu menyebabkan ramai wanita menjadi ibu tunggal akibat kematian suami, selain menjadi cacat akibat letupan bom atau ditembak.
"Ramai rakyat Afghanistan menjadi buta, hilang kaki dan hilang upaya tubuh akibat serangan dilakukan tentera luar dan jumlah itu sukar dihitung.
"Ketika ini hanya 150,000 penduduk Afghanistan yang cacat akibat kesan peperangan telah mendaftar dengan kementerian ini," katanya kepada Bernama melalui penterjemah bahasa.
Abdul Majeed berkata, angkanya mungkin lebih ramai terutama mereka yang menetap di kawasan pedalaman.
Menurut beliau, Afghanistan yang memiliki hospital di kesemua 34 wilayah di negara itu berdepan masalah dana, ubat-ubatan, alatan surgeri dan pakar membuat anggota tubuh palsu (prostesis).
Beliau turut menyatakan harapan supaya negara luar dapat memahami situasi sukar dihadapi Afghanistan kini.
"Sebarang bentuk bantuan dan sokongan amat dialu-alukan," katanya.
Afghanistan terus bergolak apabila tentera Taliban menumbangkan kerajaan Mohammad Ashraf Gani pada pertengahan Ogos lepas, susulan pengunduran tentera Amerika Syarikat dari negara itu selepas 20 tahun mendudukinya.
Semalam, media antarabangsa melaporkan sekurang-kurangnya empat orang awam terbunuh manakala dua lagi cedera dalam dua letupan bom yang berlaku di barat Kabul.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 19 2021

Ketika ini hanya 150,000 penduduk Afghanistan yang cacat akibat kesan peperangan telah mendaftar dengan kementerian. - Gambar fail

Datakraf Solution lebarkan sayap ke Asia Tenggara, jalin kerjasama dengan AT&T Cybersecurity
Kerjasama itu melibatkan sistem keselamatan siber bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau Asia Tenggara.

Mansuh AP bahan makanan satu solusi cetek - Berjasa
Lukman Al Hakim berkata keputusan itu hanya mampu menyelesaikan salah satu faktor kenaikan harga bahan makanan di Malaysia kerana dimonopoli kartel tertentu yang dilindungi kepentingannya.

AWANI Ringkas: SRIKANDI Bersatu sudah siap-sedia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Haji: TH keluarkan tawaran panggilan kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19 | Tiga kematian baharu, 2,124 kes baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu setakat tengah malam tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,633 kes, daripada 4.48 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Harga tiket muzium di Melaka naik tak jejas usaha tarik pengunjung
Kenaikan sebanyak 60 hingga 100 peratus itu telah dikaji dan ia bertepatan dengan penambahbaikan yang akan dilaksanakan.

Pemansuhan AP bukan langkah tergesa-gesa - Shahril Sufian Hamdan
Ia membolehkan sesiapa sahaja dalam pasaran tempatan untuk mengakses sumber pasaran luar alternatif.

Produktiviti buruh meningkat 2.7 peratus pada suku pertama 2022 - Perangkaan
Mohd Uzir berkata dengan indikator penunjuk ekonomi yang lebih memberangsangkan, ekonomi serta pasaran buruh akan terus berkembang pada bulan-bulan ke hadapan.

Tiga warga Indonesia ditahan jaja jeruk di lampu isyarat
Mereka yang berusia 26 hingga 40 tahun ditahan menerusi Op Bersepadu Khas Penjaja Jalanan pada 12.15 tengah hari.

KKM dirayu iktiraf penemuan baharu didakwa vaksin COVID-19
Permohonan telah dihantar kepada KKM sejak 15 Mac lalu disusuli kepada NPRA pada 15 Mei sebagai proses mendapatkan kelulusan untuk digunakan secara lebih meluas.

Afghanistan sambut Aidilfitri pada Ahad
Ratusan penduduk Kabul memenuhi masjid di serata bandar, meskipun selepas beberapa siri serangan di masjid-masjid negara itu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 April 2022.

Sembilan maut, 13 cedera dalam dua letupan di Afghanistan
Letupan menyasarkan dua kenderaan berasingan dalam kejadian yang berselang masa beberapa minit, di Mazar-e-Sharif.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 April 2022.

Sekurang-kurangnya 5 maut, 65 cedera dalam letupan masjid di Afghanistan
Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam letupan di sebuah masjid di utara Afghanistan pada Khamis, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.

6 terbunuh, 11 cedera letupan berkembar berdekatan sekolah di Kabul
Enam maut manakala 11 lagi cedera dalam insiden letupan berkembar di kawasan Dasht-e-Barchi, di Kabul, Afghanistan pada Selasa, kata jurucakap polis Kabul Khalid Zadran.

Taliban haramkan penanaman popi di Afghanistan
Taliban mengarahkan larangan penanaman popi di seluruh Afghanistan, memberi amaran bahawa pihak berkuasa akan bertindak tegas terhadap petani yang menanam tanaman itu.

China anjur dialog mengenai isu Afghanistan
Wang Yi berkata, adalah penting untuk mengekalkan kerjasama dan kesamarataan, di samping menentang konfrontasi dan hegemoni.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Afghanistan negara paling tidak bahagia di dunia 2022 - Laporan
Finland pula berada di kedudukan pertama sebagai negara paling bahagia di dunia diikuti Denmark, Switzerland, Iceland dan Netherland.