awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Eizlan Yusof kongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata kedua
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Pakistan direman cabul anak tiri 10 tahun

Sinar Harian
Sinar Harian
04/07/2025
08:06 MYT
Warga Pakistan direman cabul anak tiri 10 tahun
Warga Pakistan berusia 39 tahun direman lima hari oleh Mahkamah Majistret di Jasin, pada Jumaat selepas disyaki mencabul anak tiri perempuan. -Sinar Harian
JASIN: Seorang tukang potong rumput warga Pakistan direman lima hari bermula Jumaat selepas disyaki mencabul anak tiri perempuan berusia 10 tahun.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki warga Pakistan berusia 39 tahun direman lima hari oleh Mahkamah Majistret Jasin bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul anak tiri perempuan berusia 10 tahun.
  • Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mazana Sinin selepas laporan dibuat oleh ibu mangsa yang dimaklumkan oleh pihak sekolah mengenai insiden tersebut.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Mangsa telah dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut.

Perintah reman terhadap warga Pakistan berusia 39 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mazana Sinin.
Sumber berkata, nasib malang yang menimpa anak bongsu daripada enam beradik itu terbongkar selepas perkara itu dimaklumkan mangsa kepada gurunya Rabu lalu.
Menurutnya, guru sekolah terbabit kemudiannya menghubungi ibu mangsa berusia 54 tahun dan memberitahu anaknya menceritakan dia telah dirogol serta dicabul lelaki itu pada Februari lalu.
"Ketika kejadian mangsa mendakwa dia sedang menonton televisyen di ruang tamu dan dipanggil suspek.
"Suspek menyuruh mangsa membuka seluar lalu membaringkan di atas katil dan merogol serta memegang kemaluan kanak-kanak itu," katanya.
Tambahnya, mangsa juga memberitahu kepada ibunya bahawa sebelum ini bapa tirinya sering menyentuh kemaluannya dan bahagian lain.
"Wanita yang bekerja sebagai guru tadika kemudian membuat laporan polis dan suspek ditahan pada petang Khamis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 (a) AKSTK) 2017.
"Kanak-kanak itu juga dibawa ke Hospital Melaka untuk menjalani pemeriksaan namun mendapati tiada kesan koyakan pada kemaluan mangsa," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lelaki warga Pakistan
#Mahkamah Majistret Jasin
#cabul anak tiri perempuan
#Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan