awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua juta penduduk Gaza hampir kehabisan bekalan air - Agensi PBB

Bernama
Bernama
14/10/2023
13:19 MYT
Dua juta penduduk Gaza hampir kehabisan bekalan air - Agensi PBB
Bahan api perlu dihantar segera ke Gaza untuk membolehkan air dibekalkan kepada dua juta penduduk. - AP
GENEVA: Dua juta penduduk di Gaza kini berdepan ancaman bahaya ekoran hampir kehabisan bekalan air, menurut Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Sabtu.
"Keadaan sekarang ini antara hidup dan mati. Bahan api perlu dihantar segera ke Gaza untuk membolehkan air dibekalkan kepada dua juta penduduk.
"Sudah seminggu tiada bekalan bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk ke Gaza," kata Ketua Pesuruhjaya UNRWA Philippe Lazzarini dalam satu kenyataan, lapor Agensi Anadolu.
Penduduk terpaksa menggunakan air kotor dari perigi selepas loji air Gaza dan rangkaian air awam berhenti berfungsi dan keadaan ini akan meningkatkan risiko jangkitan penyakit bawaan air.
Beliau berkata Gaza juga mengalami gangguan bekalan elektrik sejak Rabu, yang turut menjejaskan bekalan air.
Bekalan air minum turut kehabisan di selatan Gaza, tempat ribuan penduduk mencari perlindungan.
"Dalam tempoh 12 jam, ribuan penduduk hilang tempat tinggal. Penduduk terpaksa berpindah ke selatan Gaza. Hampir sejuta orang telah meninggalkan rumah masing-masing dalam tempoh seminggu," kata Lazzarini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#Palestin
#bekalan air
#perang
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan