awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Selamat Tahun Baharu belia Malaysia
Kes tembak Durian Tunggal: Rakaman audio dihantar ke CyberSecurity, 45 rakaman percakapan - Polis
China haramkan pemegang pintu kereta tersembunyi bermula 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kanak-kanak antara 5 maut ditembak bekas pemain NFL

Astro Awani
Astro Awani
08/04/2021
23:47 MYT
Dua kanak-kanak antara 5 maut ditembak bekas pemain NFL
Lima individu, termasuk seorang doktor terkemuka, isterinya dan dua kanak-kanak, terbunuh dalam serangan di South Carolina, Amerika Syarikat pada Khamis. -AP
SOUTH CAROLINA: Lima individu, termasuk seorang doktor terkemuka, isterinya dan dua kanak-kanak, terbunuh dalam serangan di South Carolina, Amerika Syarikat pada Khamis.
Mangsa dikenali sebagai Dr Robert Lesslie, isterinya Barbara Lesslie dan cucu mereka yang berusia 5 dan 9 tahun.
Mangsa kelima ialah seorang kontraktor yang sedang membuat kerja di lokasi kejadian.
Polis menamakan bekas pemain NFL, Phillip Adams sebagai suspek yang bertanggungjawab atas pembunuhan tersebut.
Insiden tembakan maut itu berlaku di sebuah kediaman berhampiran Rock Hill, South Carolina.
Polis menerima laporan sekitar jam 4.45 petang sebelum bergegas ke lokasi dan menemukan enam mangsa ditembak dan lima daripadanya telah meninggal dunia, lapor CNN.
Mangsa keenam dibawa ke hospital daerah dengan "luka tembakan serius", kata jurucakap pihak berkuasa.
Polis berjaya mengesan suspek di kediaman berhampiran, namun dia dipercayai telah menembak dirinya dengan senjata .45 kaliber.
Suspek dikenal pasti sebagai bekas pemain NFL, Phillip Adams, 32.
Adams yang dilahirkan di Rock Hill, South Carolina ialah pemain American football di Rock Hill High School sebelum menandatangani kontrak dengan South Carolina State.
Polis masih menyiasat punca kejadian.
Topic Berkaitan
#bekas pemain NFL
#Phillip Adams
#tembakan
#Robert Lesslie
#Rock Hill
#South Carolina
#American Football
#Barbara Lesslie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan