awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OpenAI cari Ketua Kesediaan untuk kenal pasti kesan negatif AI
Izwan Hasli dilantik Ketua Pegawai Eksekutif baharu PNB Merdeka Ventures
Notis rasmi kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis diserah kepada SPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tembak Durian Tunggal: Rakaman audio dihantar ke CyberSecurity, 45 rakaman percakapan - Polis

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
29/12/2025
05:45 MYT
Kes tembak Durian Tunggal: Rakaman audio dihantar ke CyberSecurity, 45 rakaman percakapan - Polis
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar (tengah) dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Isnin. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan rakaman audio berkaitan kes tembakan yang mengorbankan tiga lelaki di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal, Melaka telah diserahkan kepada CyberSecurity Malaysia untuk analisis forensik.

Ringkasan AI
  • Polis mengesahkan rakaman audio kes tembakan tiga lelaki di Durian Tunggal, Melaka diserahkan kepada CyberSecurity Malaysia untuk analisis forensik.
  • Sebanyak 45 rakaman percakapan direkodkan sejak siasatan dimulakan, sementara kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut.
  • Pihak polis ambil sampel suara ahli keluarga mangsa dan pegawai polis terlibat bagi bantu pengesahan rakaman audio, sementara siasatan dalaman turut dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, setakat ini 45 rakaman percakapan telah direkodkan sejak siasatan kes berkenaan dimulakan.
Menurutnya, kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini bagi mendapatkan arahan dan nasihat lanjut sementara menunggu laporan analisis audio, yang disifatkan sebagai antara bukti penting dalam siasatan.
"Rakaman audio yang telah diserahkan kepada kami oleh pihak pengadu, disaksikan oleh peguam.
"Kita telah serahkan kepada CyberSecurity Malaysia untuk analisis forensik terhadap rakaman audio tersebut dan masih menunggu laporan daripada CyberSecurity Malaysia.," katanya pada sidang media hari ini.
Beliau berkata pihak polis turut mengambil sampel perbandingan suara daripada ahli keluarga mangsa termasuk pengadu sendiri, selain pegawai-pegawai polis yang terlibat dalam operasi tersebut bagi membantu pengesahan rakaman audio berkenaan.
Mengulas kandungan audio berkenaan, beliau berkata rakaman itu didakwa oleh pengadu sebagai suara salah seorang mangsa semasa kejadian berlaku, namun perkara tersebut masih belum dapat disahkan.
Mengenai tindakan terhadap anggota terlibat pula, beliau berkata kes masih dalam siasatan dan siasatan dalaman turut dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).
Kesemua anggota yang terlibat, katanya ketika ini tidak terlibat dalam penugasan aktif.
"Saya ingin petik kenyataan daripada AGC tempoh hari yang jelas dia kata walaupun klasifikasi di bawah 302 Kanun Keseksaan, kita kena buktikan elemen-elemen sebelum sebarang tindakan susulan diambil," tambah Kumar.
Dalam sama sama, beliau menegaskan siasatan dijalankan secara telus dan tanpa kompromi memandangkan kes diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pada 24 November lalu, tiga penjenayah berusia antara 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas seorang daripada mereka dikatakan menyerang anggota polis menggunakan parang di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal.
Kejadian berlaku sekitar jam 4.30 pagi menyebabkan anggota polis berpangkat koperal berusia awal 30-an cedera parah pada lengan kiri.
Pada 3 Disember, media melaporkan ahli keluarga tiga penjenayah terbabit menolak dakwaan ketiga-tiga suspek yang mati itu bertindak ganas dengan menyerang pihak polis.
Susulan itu, JSJ Bukit Aman menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat dakwaan ahli keluarga tiga suspek lelaki yang tidak berpuas hati dengan tindakan polis.



Topic Berkaitan
#Kes tembak Durian Tunggal
#Rakaman audio kes tembak Durian Tunggal
#kes jenayah
#Datuk M Kumar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan