awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kereta api bertembung di Mesir, 32 maut, 66 lagi cedera

Agensi
Agensi
26/03/2021
12:19 MYT
Dua kereta api bertembung di Mesir, 32 maut, 66 lagi cedera
Kereta api berkenaan dilaporkan telah tergelincir di atas saluran air. - Foto Twitter
KAHERAH: Sekurang-kurangnya 32 orang maut manakala 66 yang lain cedera apabila dua buah kereta api bertembung di bandar Sohag, Mesir pada Jumaat.
Menurut pihak berkuasa kesihatan, sebanyak 36 buah ambulans telah dikejarkan ke tempat kejadian di mana mangsa-mangsa telah dibawa ke hospital.
Kereta api berkenaan dilaporkan telah tergelincir di atas saluran air.
"Kereta api bertembung dengan kelajuan yang tidak terlalu tinggi, yang menyebabkan dua gerabak musnah dan yang ketiga terbalik," kata sumber keselamatan kepada Reuters.
Mesir mempunyai salah satu rangkaian kereta api tertua dan terbesar di rantau ini dan kemalangan yang menyebabkan kematian dikatakan kerap berlaku.
Sementara itu Pejabat Pendakwa Raya Mesir telah mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Pengurusan kereta api Mesir mempunyai sejarah kemalangan terburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang disebabkan penyelenggaraan yang teruk.
Antara yang terburuk direkodkan adalah pada 2002 yang menyebabkan 373 penumpang terbunuh apabila api meletus dalam kereta api yang sesak di selatan Kaherah.
Pada Mac tahun lalu pula, 13 penumpang dilaporkan cedera ketika dua kereta api penumpang berlanggar di Kaherah, yang menyebabkan penangguhan perkhidmatan kereta api di negara itu.
Topic Berkaitan
#kereta api
#bertembung
#sohag
#Mesir
#gerabak
#Kaherah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan