awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buru lelaki disyaki larikan diri dari PUSPEN Bukit Chabang
Pahang sedia kaji cadangan pembinaan laluan kereta api di Cameron Highlands
[TERKINI] Malaysia sambut baik keputusan gencatan senjata Thailand-Kemboja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, lima cedera dalam serangan ketika sambut Halloween

Agensi
Agensi
01/11/2020
12:17 MYT
Dua maut, lima cedera dalam serangan ketika sambut Halloween
Sambutan Halloween di Quebec bertukar tragedi selepas seorang lelaki bersenjatakan pisau dikatakan menyerang secara tiba-tiba. - Foto Twitter / @JordanRaiden
QUEBEC:Sambutan Halloween di Bandar Quebec, Kanada pada Sabtu malam bertukar tragedi apabila dua maut manakala lima yang lain cedera selepas seorang lelaki bersenjatakan pisau dikatakan menyerang secara tiba-tiba.
Menurut Polis Quebec, individu yang tidak didedahkan identitinya itu menyerang orang awam yang sedang mengadakan sambutan Halloween dengan memakai pakaian ala zaman pertengahan.
Insiden yang berlaku berdekatan bangunan parlimen itu menyebabkan suasana panik sebelum suspek bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian.
Bagaimanapun, lelaki berusia 20-an itu berjaya ditangkap tidak jauh dari tempat kejadian beberapa jam selepas serangan tersebut.
Lima yang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran manakala dua disahkan maut di tempat kejadian.
Polis masih menyiasat secara terperinci motif sebenar kejadian itu.
Polis terpaksa mengeluarkan arahan agar semua penduduk berhampiran tidak keluar rumah bagi mengelakan sebarang kejadian tidak diingini dan membolehkan siasatan dijalankan.
Topic Berkaitan
#Halloween
#Quebec
#Kanada
#bersenjatakan pisau
#bangunan Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan