Skip to main content

Dunia

Dua pengganas terbunuh dalam operasi ketenteraan di Pakistan

51691814662_mayat.jpg
ISLAMABAD: Tentera Pakistan mendakwa bahawa dua pengganas telah terbunuh dalam operasi di daerah Kech di wilayah Balochistan barat daya negara itu, lapor Xinhua.

Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan (ISPR), sayap media Tentera Pakistan, memaklumkan dalam satu kenyataan pada Jumaat bahawa pasukan keselamatan menjalankan operasi di kawasan Mazaband di Kech hasil risikan.

Dua pengganas terbunuh dalam insiden berbalas tembakan manakala seorang lagi yang mengalami kecederaan kini dalam tahanan, menurut ISPR.

Sebilangan besar senjata dan peluru turut ditemui.

Menurut kenyataan itu, pasukan keselamatan Pakistan komited untuk menghapuskan ancaman keganasan dan menggagalkan rancangan jahat pihak musuh.

--BERNAMA-XINHUA



Advertisement

Must Watch Video