awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua rakyat Australia dibebaskan selepas ditahan di atas kapal bantuan menuju Gaza

Bernama
Bernama
30/07/2025
15:18 MYT
Dua rakyat Australia dibebaskan selepas ditahan di atas kapal bantuan menuju Gaza
Kapal bantuan ini, yang dilancarkan oleh Freedom Flotilla Coalition, belayar dari Itali dalam usaha untuk memecahkan kepungan berbulan-bulan oleh Israel. - Reuters
ISTANBUL: Dua warga Australia yang ditahan oleh tentera Israel di atas kapal bantuan menuju Gaza dibebaskan pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Freedom Flotilla Coalition.
Kapal Handala, yang membawa susu formula bayi, makanan dan ubat-ubatan dirampas oleh tentera Israel berhampiran pantai Gaza pada Sabtu malam, dengan 21 orang awam tidak bersenjata di atas kapal, termasuk ahli parlimen, petugas perubatan dan sukarelawan.
Menurut gabungan itu, warganegara Australia Tan Safi dan Robert Martin dibebaskan daripada Penjara Givon di Ramlah, tengah Israel dan dihantar ke Kedutaan Australia di Jordan.
Mereka dijangka pulang ke tanah air selepas semua prosedur selesai, menurut gabungan itu.
Kapal bantuan ini, yang dilancarkan oleh Freedom Flotilla Coalition, belayar dari Itali dalam usaha untuk memecahkan kepungan berbulan-bulan oleh Israel, yang menyebabkan 2.4 juta penduduk Gaza berada di ambang kebuluran.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Israel memintas beberapa kapal bantuan ke Gaza di perairan antarabangsa.
Pada Jun, tentera Israel merampas Kapal Madleen, menahan 12 aktivis antarabangsa termasuk aktivis Sweden Greta Thunberg dan Ahli Parlimen Eropah dari Perancis, Rima Hassan. Sebulan sebelum itu, kapal MV Conscience diserang dron berhampiran Malta.
Israel mengenakan sekatan ke atas Gaza selama 18 tahun, dan sejak 2 Mac lepas, semua lintasan sempadan telah ditutup, menyekat kemasukan konvoi bantuan dan mengabaikan desakan antarabangsa agar ia dibuka semula.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 147 orang mati akibat kebuluran sejak Oktober 2023, termasuk 88 kanak-kanak.
Menolak desakan antarabangsa untuk gencatan senjata, tentera Israel meneruskan serangan ganas ke atas Gaza sejak 7 Okt 2023, yang mengorbankan hampir 60,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#warga Australia
#Israel
#kapal bantuan
#Gaza
#Handala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan