Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar

Parti Demokratik Liberal (LDP) dipimpin Perdana Menteri Sanae Takaichi (foto) dijangka menang besar dalam pilihan raya Dewan Rendah minggu depan, menurut tinjauan akhbar Asahi. -Foto fail/Reuters
TOKYO: Parti pimpinan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, dijangka meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Dewan Rendah minggu depan, menurut tinjauan akhbar Asahi.
Ringkasan AI
- Parti Perdana Menteri Jepun, dipimpin oleh Sanae Takaichi, dijangka menang besar dalam pilihan raya Dewan Rendah minggu depan, menurut tinjauan akhbar Asahi.
- Tinjauan menunjukkan Parti Demokratik Liberal (LDP) berpotensi melepasi majoriti mudah 233 kerusi daripada 465, meningkat daripada 198 kerusi ketika ini, bersama Japan Innovation Party (Ishin).
- Kemenangan besar ini dijangka mengukuhkan kedudukan Takaichi dalam parti, memperkuatkan dasar fiskal, termasuk pelaksanaan potongan cukai penggunaan, namun turut menimbulkan kebimbangan kedudukan fiskal Jepun dan kenaikan hasil bon kerajaan.
Kemenangan besar itu dijangka mengukuhkan lagi kedudukan Takaichi dalam parti dan memberi mandat lebih kukuh kepada dasar fiskal pengembangannya, termasuk kemungkinan pelaksanaan pemotongan cukai penggunaan.
Beberapa penganalisis turut memberi amaran bahawa langkah sedemikian boleh meningkatkan kebimbangan terhadap kedudukan fiskal Jepun serta mendorong kenaikan hasil bon kerajaan.
Pasaran kewangan juga menunjukkan reaksi awal dengan kenaikan hasil bon kerajaan Jepun pada Isnin, ketika pelabur mula mengambil kira kemungkinan kerajaan memperoleh mandat besar untuk meneruskan dasar fiskal proaktif.
Sementara itu, parti pembangkang terbesar, Centrist Reform Alliance, dijangka berdepan kemerosotan ketara, termasuk kemungkinan kehilangan sehingga separuh daripada 167 kerusi yang dimilikinya.
Pilihan raya pada 8 Februari ini diadakan selepas Takaichi membubarkan Parlimen bulan lalu bagi mendapatkan sokongan baharu terhadap usaha merangsang ekonomi melalui perbelanjaan lebih besar dan pengurangan beban cukai rakyat.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapakah yang dijangka meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Dewan Rendah Jepun? A: Parti pimpinan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, dijangka meraih kemenangan besar menurut tinjauan akhbar Asahi.
- Q: Apakah jumlah kerusi yang Parti Demokratik Liberal (LDP) berpotensi untuk menang? A: LDP berpotensi melepasi majoriti mudah 233 daripada 465 kerusi, meningkat daripada 198 kerusi ketika ini berdasarkan tinjauan.
- Q: Apakah kesan kemenangan besar parti pemerintah terhadap dasar fiskal Jepun? A: Kemenangan besar dijangka mengukuhkan lagi kedudukan Takaichi dalam parti dan memberi mandat lebih kukuh kepada dasar fiskal pengembangannya, termasuk kemungkinan pelaksanaan pemotongan cukai penggunaan.
- Q: Apakah kemungkinan kesan daripada pelaksanaan pemotongan cukai penggunaan? A: Beberapa penganalisis memberi amaran bahawa langkah sedemikian boleh meningkatkan kebimbangan terhadap kedudukan fiskal Jepun serta mendorong kenaikan hasil bon kerajaan.
- Q: Apakah yang berlaku kepada parti pembangkang terbesar, Centrist Reform Alliance, dalam pilihan raya ini? A: Centrist Reform Alliance dijangka berdepan kemerosotan ketara, termasuk kemungkinan kehilangan sehingga separuh daripada 167 kerusi yang dimilikinya.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

