DUBAI: Ketua pelancongan Dubai pada Selasa menyatakan keyakinan bahawa pengembara santai dan bisnes akan kembali ke negara itu pada tahun ini, meskipun pandemik yang masih belum berakhir menyukarkan anggaran jumlahnya.
Dubai yang menjadi hab perdagangan dan pelancongan, sudah membuka sempadannya sejak Julai lalu, menyaksikan kemasukan sejumlah 1.26 juta pengunjung dalam penggal pertama.
Pada tahun lalu, jumlah pengunjung jatuh 67 peratus kepada 5.5 juta orang.
"Kami sangat optimistik tentang angka tahun ini,” kata Ketua Eksekutif Pelancongan Dubai, Issam Kazim pada Selasa.
Namun, ramalan itu masih kabur kerana sesetengah pasaran yang dijangka membenarkan perjalanan antarabangsa, dilihat mengenakan sekatan tertentu.
Issam bagaimanapun tidak menyatakan sektor pasaran yang dimaksudkan.
United Kingdom yang menjadi pasaran teratas, telah menghentikan kebanyakan penerbangan langsung dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) sementara kedatangan bagi mereka yang baru sahaja melawat Negara Teluk itu perlu menjalani kuarantin di hotel.
Pada masa yang sama, UAE secara umumnya menguatkuasakan larangan pengembara yang datang dari India, satu lagi pasaran utama, susulan penularan COVID-19 terkini di situ.
Acara penting, seperti Expo 2020, yang bermula Oktober, dijangka membantu menarik perhatian pelancong ke Dubai, kata Issam.
Dubai adalah salah satu daripada destinasi dunia terawal membuka pintu kepada pengembara antarabangsa pada Disember lalu, ketika gelombang kedua penularan pandemik masih berlaku di UAE.
Dubai bagaimanapun mengambil langkah dengan mengehadkan kapasiti pengunjung di hotel dan restoran, selain cuba mengelak daripada mengenakan semula sekatan ketat sewaktu kes jangkitan meningkat.
Kes jangkitan COVID-19 di UAE setiap hari masih dalam lingkungan 1,900 kes.
Angka itu, walaupun lebih tinggi berbanding Disember 2020, namun jauh lebih sedikit berbanding kemuncak 3,977 kes pada Februari lalu.
UAE tidak mendedahkan butiran terperinci teantang kes positif mengikut setiap negara emiriah.
Agensi
Wed May 05 2021
Seorang pelancong dari Asia Tenggara bersantai di halaman Hotel Atlantis, Dubai sewaktu virus COVID-19 masih dalam fasa awal pengesanan di Wuhan, China, awal tahun 2020. - Gambar fail
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Rakaman serbuan wajib guna kamera jabatan
Penggunaan kamera milik jabatan oleh pegawai penguat kuasa agama semasa operasi serbuan khalwat adalah wajib untuk memastikan integriti dan hak individu yang disyaki terjaga.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tempat kediaman tertinggi dunia akan dibina di Dubai
Ia akan memintas menara Central Park Tower di New York yang berketinggian 472 meter.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Lee Chong Wei terkandas di Paris
Chong Wei berkunjung ke Paris untuk majlis 'The Paris 100 Sino-French Badminton Charity Gala' sejak hujung minggu lalu.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Daneshen raih perak di Dubai, sahkan tiket ke Paralimpik Paris
Atlet memanah para negara, G. Daneshen berjaya melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Paris 2024.
Bonnie raih emas Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para di Dubai
Bonnie Bunyau Gustin mengharumkan nama Malaysia apabila muncul juara di Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Dunia 2024 di Dubai.
Pengeksportan Orkid Mokara ke Dubai jadi penanda aras industri orkid negara
Pengeskportan orkid ke Dubai mudah kerana tidak memerlukan rawatan kuarantin dan hanya perlu memenuhi syarat PC yang dikeluarkan DOA.
Dubai akan mempunyai perkhidmatan teksi terbang bermula 2025
Joby Aviation menerima lesen untuk menawarkan perkhidmatan teksi terbang di Dubai bermula 2025 secara eksklusif selama enam tahun.
Eksport orkid Malaysia mampu sumbang RM4 bilion setahun kepada industri florikultur
120 hektar tanah ladang diperlukan bagi mengusahakan tanaman orkid untuk memenuhi permintaan terhadap bunga itu terutamanya dari Dubai.