awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dugong diisytihar pupus di China

Sinar Harian
Sinar Harian
25/08/2022
00:00 MYT
Dugong diisytihar pupus di China
Dugung tidak lagi wujud di China sejak tahun 2008. -Gambar fail/Reuter
BEIJING: Hidupan laut dugong iaitu haiwan yang pernah disalah anggap sebagai ikan duyung oleh kelasi-kelasi kapal suatu ketika dahulu telah diisytiharkan pupus di China baru-baru ini.
Ia diisytiharkan pupus selepas penyelidikan baharu tidak menemui sebarang rekod atau bukti bahawa dugong wujud di negara tersebut sejak tahun 2008.
Bilangan mamalia laut itu merosot di China dari tahun 1970-an dan sebelum tahun 2008.
Haiwan tersebut diancam secara global oleh aktiviti manusia seperti memancing, pelanggaran dengan kapal dan kehilangan habitat yang disebabkan oleh manusia.
Para saintis pemuliharaan dari Persatuan Zoologi London (ZSL) dan Akademi Sains China menjalankan tinjauan dan menyemak data pengedaran sejarah untuk mencapai kesimpulan tersebut.
Penulis bersama kajian tersebut, Prof Samuel Turvey berkata: "Kemungkinan kehilangan dugong di China adalah kerugian yang amat besar."
Ketiadaan haiwan itu bukan sahaja akan memberi kesan ke atas fungsi ekosistem tetapi ia berfungsi sebagai peringatan yang menyedihkan bahawa kepupusan boleh berlaku sebelum tindakan pemuliharaan yang berkesan dapat dibangunkan, katanya. -Sinar Harian memetik laporan agensi
Topic Berkaitan
#dugong
#pupus
#Akademi Sains China
#Samuel Turvey
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan