Skip to main content

Dunia

Kapal Malaysia pertama lepasi Selat Hormuz - Kedutaan Iran

@iraninmalaysia
Pada Ahad, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbincangan dengan Presiden Iran Masoud Pezeshkian telah membolehkan Malaysia mendapatkan pelepasan bagi tujuh kapal Malaysia yang terkandas di Selat Hormuz untuk meneruskan perjalanan mereka. - Gambar @iraninmalaysia

KUALA LUMPUR: Kapal Malaysia pertama telah melepasi Selat Hormuz, menurut Kedutaan Iran di sini.

“Kami telah mengatakan bahawa Republik Islam Iran tidak akan melupakan rakan-rakannya. Kapal Malaysia pertama yang telah melalui Selat Hormuz.” menurut hantaran kedutaan itu pada akaun rasminya di X.

Advertisement

Hantaran itu disertakan dengan gambar sebuah kapal, namun tiada butiran lanjut diberikan.

 

 

Pada Ahad, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbincangan dengan Presiden Iran Masoud Pezeshkian telah membolehkan Malaysia mendapatkan pelepasan bagi tujuh kapal Malaysia yang terkandas di Selat Hormuz untuk meneruskan perjalanan mereka.

“Saya maklumkan kepada Presiden Iran bahawa kapal kami masih terkandas di Selat Hormuz dan ini penting untuk keperluan rakyat dan bekalan minyak negara.

“Sejurus selepas panggilan itu, beliau mengarahkan kapal Malaysia diberi laluan,” katanya pada majlis pelancaran Kolej Vokasional Pengerang di SMK Tanjung Pengelih di Pengerang, Johor.

-- BERNAMA

Must Watch Video