awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dunia ambil serius dasar tarif AS, terima reaksi pemimpin luar – Trump

Bernama
Bernama
21/04/2025
02:40 MYT
Dunia ambil serius dasar tarif AS, terima reaksi pemimpin luar – Trump
Trump mendakwa, respons pemimpin antarabangsa merupakan reaksi terhadap apa yang disifatkannya sebagai ketidakseimbangan perdagangan dan amalan tidak adil selama bertahun-tahun. - Gambar AP
ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Ahad berkata, pemimpin dunia dan tokoh korporat telah menghubungi beliau susulan pengumuman tarif baharu oleh pentadbirannya, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam satu hantaran di platform Truth Social, Trump menyatakan bahawa pengisytiharan "Liberation Day" pada 2 April lalu - yang memperkenalkan tarif timbal balik - menarik perhatian kerajaan dan syarikat asing.
"Bagus apabila dunia tahu kita benar-benar serius," katanya.
Trump mendakwa, respons terbabit merupakan reaksi terhadap apa yang disifatkannya sebagai ketidakseimbangan perdagangan dan amalan tidak adil selama bertahun-tahun.
"Mereka perlu membetulkan ketidakadilan hasil penyalahgunaan selama beberapa dekad, tetapi ia bukan sesuatu yang mudah buat mereka.
"Kita mesti bina semula kekayaan negara kita yang hebat dan wujudkan timbal balik sebenar," katanya.
Trump memperkenalkan beberapa dasar tarif baharu dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Bagaimanapun, kenyataan beliau yang sering berubah menimbulkan kebimbangan terhadap potensi ketidaktentuan ekonomi global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tarif Trump
#Donald Trump
#pemimpin luar
#Liberation Day
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan