PEMIMPIN dan kerajaan dari seluruh dunia mengutuk serangan pengganas di sebuah dewan konsert di wilayah Moscow lewat Jumaat yang mengorbankan sekurang-kurangnya 60 orang dan mencederakan lebih 145 yang lain.
India dan Pakistan telah mengecam serangan tembakan di Moscow, menyifatkannya kejam dan dahsyat, lapor Bernama.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas yang kejam di Moscow. Ingatan dan doa kami bersama keluarga mangsa," kata Perdana Menteri India Narendra Modi.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan dahsyat yang dilakukan di sebuah dewan yang menganjurkan konsert di Moscow. Kami menzahirkan rasa simpati yang mendalam kepada keluarga mangsa," kata Kementerian Luar Pakistan dalam kenyataan.
Kedua-dua negara juga menyatakan solidariti dengan Rusia dan rakyatnya.
Agensi Anadolu melaporkan pemimpin Eurasia mengutuk serangan itu, dengan Presiden Belarus Alexander Lukashenko mengucapkan takziah kepada rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Belarus.
"Dalam masa kesedihan ini, saya mendoakan keberanian dan ketabahan kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa atas kehilangan yang tiada galang gantinya serta pemulihan segera kepada semua yang terjejas," memetik kata Lukashenko.
Presiden Ilham Aliyev berkata dalam sepucuk surat yang ditujukan kepada Putin bahawa Azerbaijan "sangat terkejut" dengan berita serangan itu dan beliau "mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan ini".
Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev berkata negaranya mengutuk tembakan dan letupan itu dan menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menolak keganasan terhadap rakyat yang tidak bersalah.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh perkhidmatan akhbar Presiden Kazakhstan, Akorda berkata Tokayev mengarahkan agensi penguatkuasaan undang-undang negara itu membantu agensi penguatkuasaan undang-undang Rusia jika perlu, menurut Agensi Anadolu.
Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev juga menyampaikan ucapan takziah kepada Putin dan berkata Tashkent mengutuk "tindakan pengganas terhadap orang awam".
Presiden Kyrgyzstan Sadyr Japarov mengutuk tembakan itu dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya di Facebook, mengisytiharkan sokongan negaranya bagi "usaha yang bertujuan untuk memerangi kejahatan ini dengan berkesan, dan menyokong untuk menyatukan usaha masyarakat dunia dalam memerangi keganasan antarabangsa."
Perdana Menteri Armenia Nikol Pashinyan Nikol Pashinyan berkata Yerevan mengutuk sekeras-kerasnya tembakan itu dalam telegram kepada Putin, yang dikeluarkan oleh pejabatnya.
Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan dalam panggilan telefon menyampaikan ucapan takziah kepada rakan sejawatannya dari Rusia, Lavrov atas serangan maut itu, mengutuknya sebagai "serangan pengganas kejam", menurut Anadolu.
Jepun pada Sabtu "mengutuk sekeras-kerasnya" serangan itu, dengan Kementerian Luarnya dalam satu kenyataan berkata:
"Jepun mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menzahirkan rasa simpati kepada mereka yang tercedera".
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres mengutuk "sekeras-kerasnya" serangan maut itu.
"Setiausaha Agung mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas hari ini di sebuah dewan konsert di luar Moscow, iaitu sekurang-kurangnya 40 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 100 yang lain cedera," kata timbalan jurucakap Farhan Haq dalam satu kenyataan.
Beliau berkata Guterres mengucapkan "takziah yang mendalam" kepada Rusia dan mendoakan pemulihan segera bagi mereka yang cedera dalam serangan itu.
Banyak negara Arab, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) mengutuk serangan pengganas pada Jumaat dan Emiriah Arab Bersatu dalam satu kenyataan, menyatakan kutukan kuatnya "terhadap perbuatan jenayah ini" dan "penolakan kekalnya terhadap semua bentuk keganasan serta keganasan yang bertujuan untuk menjejaskan kestabilan keselamatan dan kestabilan yang tidak konsisten dengan undang-undang antarabangsa".
Kementerian Luar Arab Saudi turut mengecam serangan itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan kerajaan serta rakyat Rusia. Ia juga menekankan kepentingan memerangi semua bentuk ekstremisme dan keganasan.
Kementerian Luar Mesir menyatakan solidariti penuh dengan Rusia dan nada yang sama turut disuarakan Presiden Palestin yang mengutuk serangan itu dan mengesahkan solidariti dan sokongannya terhadap Rusia.
Syria mengutuk serangan itu dan menekankan "pentingnya usaha dunia bersepadu untuk menghadapi pembunuhan beramai-ramai ini dan pelaku, pasukan serta negara di belakang mereka harus dipertanggungjawabkan".
Di Tehran, IRNA melaporkan bahawa jurucakap Kementerian Luar Iran Nasser Kanaani mengutuk sekeras-kerasnya serangan keganasan yang membawa maut. Kanaani mengucapkan takziah kepada kerajaan dan rakyat Rusia, terutamanya keluarga mangsa.
Beliau berkata Iran teguh bersama Rusia dalam menghadapi insiden tragis itu.
Jurucakap Kementerian Luar dan Ekspatriat Jordan Duta Sufian Qudah, mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan mangsa yang cedera segera sembuh.
Beliau juga menyatakan solidariti Jordan dengan Rusia dalam tragedi ini dan penolakan sepenuhnya terhadap tindakan pengganas pengecut itu yang menyasarkan orang awam yang tidak bersalah, menurut agensi berita kerajaan, Petra.
Serangan di Krasnogorsk, pusat pentadbiran wilayah Moscow, berlaku ketika kumpulan muzik Picnic sedang membuat persembahan di Dewan Bandaraya Crocus, menurut maklumat awal. Kumpulan itu tidak cedera dalam serangan berkenaan, kata agensi penguatkuasaan undang-undang.
Satu letupan dilaporkan selepas serangan itu yang menyebabkan kebakaran besar.
Kementerian Kecemasan Rusia berkata kira-kira satu pertiga daripada bangunan itu dijilat api, dengan beberapa helikopter sedang berusaha memadamkan kebakaran.
Nasib penyerang masih belum diketahui, dengan beberapa laporan mendakwa mereka berjaya melarikan diri dari tempat kejadian.
Jawatankuasa Siasatan Rusia mengumumkan ia melancarkan siasatan ke atas "serangan pengganas," manakala utusan khas Moscow untuk Ukraine berkata Rusia akan meminta mesyuarat Majlis Keselamatan PBB.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2024
Serangan di Krasnogorsk, pusat pentadbiran wilayah Moscow, berlaku ketika kumpulan muzik Picnic sedang membuat persembahan di Dewan Bandaraya Crocus. - Reuters
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Pihak berkuasa tidak ketepi serangan pengganas punca pesawat terhempas di Vilnius
Serangan pengganas tidak boleh diketepikan sebagai punca pesawat kargo terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius awal pagi tadi, kata polis.
Pembunuh 77 orang di Norway, Breivik, sekali lagi mohon parol awal
Breivik menyatakan bahawa dia mahu meninggalkan Norway secepat mungkin, jika dibenarkan.
Serangan udara Turkiye musnahkan 34 sasaran, 'neutralkan' ramai militan
Kementerian Pertahanan Turkiye mengumumkan pada awal Jumaat, 34 sasaran pengganas PKK (Parti Pekerja Kurdistan) dimusnahkan dan sejumlah besar pengganas "dineutralkan" dalam satu operasi udara.
Turkiye ucap selamat tinggal kepada syuhada serangan pengganas dalam pengebumian rasmi
Mangsa syahid dalam serangan pengganas di ibu pejabat Turkish Aerospace Industries dikebumikan dengan sebak pada Khamis.
Duta Besar Sazali lawat rakyat Malaysia di TAI selepas serangan pengganas
Sazali turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TAI, Mehmet Demiroglu, di ibu pejabat TAI di Ankara.
Enam maut, sembilan cedera ditembak lelaki bersenjata di Tel Aviv
Polis Israel melabelkan insiden itu sebagai serangan pengganas tetapi setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Prosiding lima sekeluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram ditangguh ke 24 Sept
Sebutan semula kes lima anggota keluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram pada 17 Mei lepas ditangguh ke 24 Sept ini.
Persetujuan pengakuan bersalah dengan dalang serangan 9/11 ditarik balik
Persetujuan pengakuan bersalah dengan tertuduh dalang serangan pengganas 11 September 2001 dan dua lagi defendan telah ditarik balik.
5 pekerja China terbunuh dalam serangan pengganas di Pakistan
Kejadian berlaku apabila sebuah kenderaan dari Projek Hidroelektrik Dasu, yang sedang dibina oleh sebuah syarikat China diserang oleh pengganas.
Rusia dakwa AS, Britain dan Ukraine dalang serangan konsert
Jawatankuasa penyiasat Rusia mendakwa serangan pengganas itu telah dirancang dan dilaksana secara berhati-hati.