WASHINGTON: Dunia sedang menuju "arah yang salah" dalam menangani perubahan iklim, menurut laporan United in Science yang dikeluarkan Persatuan Meteorologi Dunia, agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menurut laporan itu, kepekatan gas rumah hijau terus meningkat ke paras yang tinggi dan kadar pelepasan bahan api fosil kembali ke tahap sebelum pandemik, selepas menunjukkan penurunan semasa penutupan akibat pandemik COVID-19, lapor United Press International (UPI).
Dunia mencatatkan pemanasan paling tinggi sejak tujuh tahun lalu, oleh itu ikrar bagi mengurangkan pelepasan karbon 2030 perlu tujuh kali lebih tinggi untuk sejajar dengan matlamat 34.7 darjah seperti disepakati dalam Perjanjian Iklim Paris 2015.
Terdapat 48 peratus kemungkinan pada satu tahun dalam jangka masa lima tahun akan datang bakal menyaksikan purata suhu meningkat seketika hingga mencecah 34.7 darjah lebih tinggi berbanding purata antara 1850 dan 1900.
Laporan itu mendapati paras karbon dioksida, metana dan nitrus oksida di atmosfera terus meningkat dan menunjukkan penurunan buat seketika pada 2020.
Apabila pemanasan global meningkat, 'titik tip' (titik permulaan apabila sistem beralih kepada keadaan baharu) akan terjadi dalam sistem iklim, menurut laporan itu.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam satu kenyataan berkata, laporan United in Science tahun ini menunjukkan kesan iklim menuju kemusnahan namun, setiap tahun kita menggandakan keperluan terhadap bahan api fosil meskipun sedar kesan buruk yang bakal ditinggalkan.
Laporan itu juga menekankan mengenai kesan terhadap kemanusiaan dan kos kewangan yang diperlukan pada masa depan.
Sementara itu, Setiausaha Agung WMO, Petteri Taalas dalam satu kenyataan berkata, sains iklim menunjukkan bahawa banyak kejadian cuaca ekstrem yang melanda ketika ini berkemungkinan akibat perubahan iklim yang berpunca daripada sikap manusia.
"Kami telah menyaksikan berulang kali tahun ini, dengan kesan tragis. Amat penting bagi kita meningkatkan tindakan ke atas sistem amaran awal untuk membina daya tahan terhadap risiko iklim semasa dan masa depan dalam komuniti yang terdedah berbanding sebelum ini.
"Disebabkan itu WMO menerajui usaha untuk memastikan Amaran Awal untuk Semua dibangunkan dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Sep 14 2022

Dunia sedang menuju "arah yang salah" dalam menangani perubahan iklim, menurut laporan United in Science yang dikeluarkan Persatuan Meteorologi Dunia, agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
13 maut dalam kebakaran asrama di Almaty
Sekurang-kurangnya 13 maut akibat kejadian kebakaran asrama yang berlaku Almaty, Kazakhstan, awal pagi Khamis.
Penternak anjing protes berhampiran pejabat Presiden Korea Selatan
Kira-kira 200 penternak anjing di Korea Selatan menganjurkan protes berhampiran pejabat Presiden di Seoul, mendesak kerajaan membatalkan rancangan mengharamkan amalan kontroversi memakan haiwan itu sejak beberapa abad lalu.
Pemberhentian perang Israel-Palestin dilanjutkan sehari
Israel dan Hamas hari ini bersetuju melanjutkan pemberhentian perang selama sehari lagi, enam minit sebelum perjanjian pemberhentian perang selama enam hari sebelum ini tamat.
Tebusan warga Thailand tiba di Bangkok
Ketibaan 17 tebusan warga Thailand yang ditahan di Semenanjung Gaza tiba di Bangkok pada petang Khamis, disambut ahli keluarga yang menunggu kepulangan mereka.
Persidangan bermula, bincang pembiayaan projek iklim, nilai kemajuan
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28) bermula di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membincangkan isu mendesak berkaitan pemanasan global serta menilai kemajuan interim yang dicapai oleh masyarakat antarabangsa sejak Perjanjian Paris ditandatangani.
Delegasi, syarikat minyak perlu bekerjasama tangani perubahan iklim
Presiden COP28, Sultan Al Jaber menggesa pada delegasi untuk mencari titik persamaan dalam dasar bagi memenuhi matlamat iklim global.
Malaysia-India komited teroka bidang kerjasama baharu
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Menteri Hal Ehwal Luar dan Pendidikan India, Dr Rajkumar Ranjan Singh di Kuala Lumpur pada Khamis
Perdana Menteri terima kunjungan hormat Prabowo
Menganggap Prabowo sebagai sahabat lama, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan itu membincangkan pelbagai isu terkait kepentingan bersama Malaysia dan Indonesia.
Malaysia pertama di Asia Tenggara guna rangkaian komunikasi 4G
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G pada kereta api penumpang di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665km.
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara 6 bulan, denda RM500
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Marang atas kesalahan menggantung dan mengibar bendera Israel.

Sarawak mahu jadi rantaian bekalan global ekonomi Islam
Sarawak berhasrat menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global ekonomi Islam.

Indonesia manfaatkan mekanisme kewangan bagi tangani perubahan iklim
Sejumlah US$5 bilion dalam bon hijau sukuk global dan 21.8 trilion rupiah bagi sukuk hijau domestik diterbitkan sejak 2018.

Langkah konkrit diperlukan untuk tangani kesan perubahan iklim - Jokowi
Indonesia telah mengambil peranan dan komited untuk menangani perubahan iklim dan melaksanakan program peralihan tenaga.

MBJB bina arca daripada bahan kitar semula sempena APCW
Arca dibina berkonsepkan hidupan laut iaitu dugong dan kuda laut, diletakkan secara kekal di sekitar bandar raya Johor Bahru.

Perubahan iklim, pencemaran alam sekitar kekal cabaran utama kehidupan sejagat - Raja Zarith Sofiah
Perubahan iklim dan pencemaran alam sekitar menimbulkan risiko kepada mata pencarian, infrastruktur, pelaburan dan perniagaan.

APEC 2023: AMF membuka tirai AELW, kumpul suara rakyat serantau
AMF buka tirai APEC 2023 seiring inisiatif tangani impak perubahan iklim dan peralihan yang adil terhadap setiap lapisan masyarakat di rantau Asia Pasifik.

Perubahan iklim dan pengasidan laut pembunuh senyap industri perikanan negara
Penurunan secara konsisten dari tahun ke tahun sepanjang tempoh 2020-2022 secara langsung mencerminkan ancaman ke atas sekuriti makanan negara.

Malaysia minat bangun projek perintis mitigasi banjir dengan Belanda
Malaysia berhasrat untuk memperluaskan kerjasama dengan Belanda khususnya membangunkan projek perintis yang boleh dilaksanakan dalam bidang mitigasi dan agenda ketahanan iklim.

Malaysia tuan rumah Sidang Kemuncak GCC-ASEAN seterusnya pada 2025
Para pemimpin GCC dan ASEAN setuju sidang kemuncak GCC-ASEAN diadakan dua tahun sekali dengan Malaysia sebagai tuan rumah pada 2025.

Sistem amaran awal banjir glasier di India alami kelewatan
Sistem amaran awal banjir glasier sudah digunakan di China, Nepal, Pakistan dan Bhutan susulan perubahan iklim melonjakkan risiko banjir.