awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Durian busuk cetus panik

Sinar Harian
Sinar Harian
29/04/2018
01:50 MYT
Durian busuk cetus panik
Bau misteri itu akhirnya terjawab selepas bomba menemui buah durian yang ditinggalkan dalam sebuah almari. - Gambar hiasan
Ratusan dipindahkan dari sebuah perpustakaan di pusat bandar Melbourne, semalam selepas bau durian busuk mencetuskan kebimbangan berlakunya kebocoran gas.
Pasukan bomba turut dikerah ke Institut Teknologi Diraja Melbourne (RMIT) di Labtrobe Street kira-kira jam 3 petang (waktu tempatan) selepas bau gas tersebut dikesan di perpustakaan tersebut.
"Pemindahan itu melibatkan kira-kira 500 pelajar dan pensyarah. Puluhan bomba melakukan pemeriksaan untuk mengesan punca bau itu berikutan bangunan tersebut diketahui menyimpan bahan kimia berbahaya," kata jurucakapnya.
Jelasnya, bau misteri itu akhirnya terjawab selepas bomba menemui buah durian yang ditinggalkan dalam sebuah almari.
"Selepas pencarian yang komprehensif, pasukan kami berjaya mengesan bau gas yang terhasil daripada durian busuk. Ia telah meresap ke dalam sistem penghawa dingin bangunan tersebut dan menghasilkan bau seperti gas kimia," ujarnya lagi.
Difahamkan, perpustakaan itu dibuka semula pada jam 6 petang (waktu tempatan) dan Pihak Berkuasa Perlindungan Alam Sekitar akan menyelia pembuangan durian tersebut.
Topic Berkaitan
#almari
#Australia
#Bau
#bomba
#busuk
#durian
#kebocoran gas
#Misteri
#Penduduk
#perpustakaan
#pindah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan