Skip to main content

Dunia

Rundingan damai Iran–AS berlarutan hingga lewat malam

Security personnel stand next to signs regarding U.S. and Iran negotiations, outside a media facilitation center in Islamabad, Pakistan, Saturday, April 11, 2026. (AP Photo/Anjum Naveed)
Anggota keselamatan berdiri di sebelah papan tanda berkaitan rundingan AS–Iran di luar pusat fasilitasi media di Islamabad, Pakistan. - Foto AP

ISLAMABAD: Rundingan damai antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) berlarutan hingga lewat tengah malam Sabtu dalam usaha menamatkan konflik ketenteraan yang berpanjangan, menurut laporan Al Jazeera.

Perbincangan yang dihoskan oleh Pakistan itu melibatkan delegasi peringkat tertinggi dari kedua-dua negara dan berlangsung secara bersemuka di Islamabad.

Advertisement

Ia disifatkan sebagai antara rundingan paling signifikan antara Tehran dan Washington sejak beberapa dekad lalu.

Menurut Reuters, rundingan tersebut bermula pada petang Sabtu dan berterusan selama beberapa jam dengan beberapa kali rehat, mencerminkan perbincangan yang sukar serta perbezaan pendirian yang masih ketara antara kedua-dua pihak.

Isu keselamatan serantau, gencatan senjata, serta langkah-langkah ke arah pengurangan ketegangan di Asia Barat dilaporkan menjadi antara agenda utama perbincangan, walaupun butiran khusus rundingan masih terhad, lapor Al Jazeera.

Rundingan ini berlangsung dalam suasana gencatan senjata yang rapuh, dengan penganalisis antarabangsa melihat kesinambungan dialog hingga lewat malam sebagai petanda usaha diplomatik sedang diteruskan bagi mengelakkan konflik lebih besar di rantau berkenaan, menurut Reuters.

 

Must Watch Video