NEW DELHI: Duta India ke Palestin, Mukul Arya, ditemukan maut di pejabatnya di Ramallah pada Ahad, lapor agensi berita Palestin WAFA.

Menteri Luar India, Subrahmanyam Jaishankar yang terkejut dengan kejadian itu dalam akaun Twitternya berkata "Beliau seorang pegawai yang bijak dan berbakat. Simpati saya terhadap keluarga beliau”.

Punca kematian masih belum dapat dipastikan.

Arya menyertai Perkhidmatan Luar India pada 2008, sebelum ini berkhidmat di Perwakilan Tetap India ke UNESCO di Paris serta di kedutaan di Kabul dan Moscow.