awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duta Palestin ke Republik Czech maut ketika cuba buka peti besi

Astro Awani
Astro Awani
02/01/2014
00:27 MYT
Duta Palestin ke Republik Czech maut ketika cuba buka peti besi
Senario di luar kediaman Duta Palestin - Foto AP
Duta Palestin ke Republik Czech maut dalam satu letupan ketika beliau sedang membuka sebuah peti besi yang tidak dibuka selama 20 tahun.
Jamal Al-Jamal yang berusia 56 tahun, cedera parah dan disahkan meninggal dunia di hospital.
Susulan letupan itu, polis mengarahkan penghuni di sekitar kediaman diplomat terbabit mengosongkan bangunan selepas pihak berkuasa menemui 2 objek meragukan.
Mengulas insiden itu, Menteri Luar Palestin, Riad Malki berkata, tiada sebarang unsur keganasan dikesan sebaliknya, letupan berpunca daripada peti besi yang ditinggalkan selama 20 tahun.
Hasil siasatan mendapati, pintu besi itu dipasang jerangkap samar dan polis tidak dapat memastikan bagaimana Jamal membuka peti besi itu.
Jamal mula berkhidmat sebagai diplomat di Prague sejak 1984 sebagai pemangku duta.
Pada 2005 hingga 2013, beliau dilantik sebagai Konsul Jeneral di Alexandria, Mesir sebelum dilantik sebagai duta ke Republik Czech pada Oktober tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Jamal Al-Jamal
#Palestin
#Prague
#Republik Czech
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan