awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
Malaysia berpotensi sebagai ‘orang tengah’ AS-Iran melalui jalur diplomatik - Duta Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duterte hadir di ICC, berdepan pertuduhan jenayah terhadap kemanusiaan

Bernama
Bernama
14/03/2025
04:22 MYT
Duterte hadir di ICC, berdepan pertuduhan jenayah terhadap kemanusiaan
Duterte berdepan dakwaan melakukan jenayah terhadap kemanusiaan di tengah-tengah "perang melawan dadah" semasa berkuasa. - Gambar fail/Reuters
AMSTERDAM: Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dijadualkan membuat penampilan pertama di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Belanda, pada Jumaat bagi mendengar pertuduhan terhadapnya berhubung jenayah terhadap kemanusiaan.
Duterte, 79, yang tiba di Belanda pada Rabu, berdepan dakwaan melakukan jenayah terhadap kemanusiaan di tengah-tengah "perang melawan dadah" semasa berkuasa, termasuk pembunuhan sekurang-kurangnya 43 orang antara 2011 dan 2019.
Mahkamah dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan bahawa sesi itu akan bermula pada 2 petang waktu tempatan (1300 GMT).
"Dalam sesi ini, mahkamah akan mengesahkan identiti tertuduh, memastikan tertuduh memahami prosiding dalam bahasa pilihan, serta memaklumkan pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dan hak-hak yang diperuntukkan di bawah Statut Rom ICC," menurut kenyataan itu.
Bekas pemimpin itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila pada Selasa berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan ICC, sebelum dibawa ke The Hague menerusi penerbangan khas.
Duterte memegang jawatan sebagai Presiden Filipina dari 2016 hingga 2022 dan terkenal dengan dasar kerasnya terhadap jenayah berkaitan dadah.
Rekod rasmi pihak berkuasa menunjukkan sekitar 6,000 orang terbunuh sepanjang operasi itu, namun kumpulan hak asasi manusia menganggarkan angka sebenar mencecah 30,000 orang, dengan banyak kes didakwa berlaku tanpa proses perbicaraan yang sewajarnya.
Waran tangkap yang dikeluarkan ICC menyatakan terdapat alasan munasabah untuk mempercayai bahawa Duterte bertanggungjawab secara langsung atas pembunuhan yang boleh diklasifikasikan sebagai jenayah terhadap kemanusiaan, bermula ketika beliau menjadi Datuk Bandar Davao sehingga tempoh pemerintahannya sebagai Presiden.
ICC memulakan siasatan ke atas kes ini sejak 2018.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rodrigo Duterte
#Mahkamah Jenayah Antarabangsa
#jenayah terhadap kemanusiaan
#perang melawan dadah
#bekas presiden filipina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan