Setiausaha Agong Parti Demokrat (PD) Edhie Baskoro Yudhoyono, yang juga anak lelaki Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono mengundurkan diri sebagai anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia dengan alasan ingin menumpukan perhatian kepada tugas parti.
"Secara resmi saya mengundurkan sebagai anggota DPR RI.
"Saya akan menumpukan perhatian untuk menjalankan tugas sebagai setiausaha agung PD yang hari-hari mendatang mengambil tenaga dan waktu. Kalau tetap jadi anggota DPR RI, tidak akan berjalan dengan baik," kata Ibas semasa mengumumkan keputusannya itu kepada media di sini Khamis.
Parti Demokrat, parti pemerintah yang diasaskan Presiden Susilo, kini melalui ujian paling getir setelah dua bekas pegawai kanan parti itu, yang juga bekas anggota DPR, terlibat dalam skandal rasuah dan telah dihukum penjara dan denda kerana jenayah rasuah.
Seorang lagi bekas pegawai kanan parti itu, bekas Menteri Belia dan Sukan Andi Mallarangeng pula sedang menghadapi satu kes rasuah membabitkan projek pembinaan kompleks sukan di Hambalang, di Bogor, Jawa Barat.
Andi, yang didakwa sebagai suspek dalam kes itu oleh Suruhanjaya Pembenterasan Rasuah (KPK) Indonesia, meletakkan jawatan kabinetnya baru-baru ini untuk menumpukan perhatian bagi menghadapi kes itu.
Dalam kenyataan kepada media hari ini, Ibas berkata beliau memikul tanggungjawab dan harus bekerja keras untuk melakukan langkah-langkah bagi menyelamatkan Parti Demokrat.
Presiden Susilo yang mengulas keputusan Ibas menyatakan rasa bangga dengan anak lelakinya itu kerana berani mengundurkan diri sebagai anggota DPR setelah muncul berita tentang ketidakhadirannya dalam persidangan dewan itu baru-baru ini.
"Saya mungkin subjektif, tetapi sebagai ayah saya bangga Ibas bertanggungjawab, sekali gus meminta maaf atas insiden ketidakhadiran beliau beberapa hari yang lalu dalam rangkaian sidang dewan yang dilaksanakan di DPR RI," katanya.
Susilo, yang juga Ketua Dewan Pembina Parti Demokrat, berkata beliau menyokong sepenuhnya keputusan Ibas itu.
Presiden Indonesia itu berkata Ibas sebelum ini telah menyampaikan hasratnya untuk mengundurkan diri sebagai anggota DPR kepada beliau serta anggota keluarga yang lain dan mereka sepakat menghormati keputusan beliau setelah membahaskan perkara itu
Bernama
Thu Feb 14 2013
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Edhie Baskoro Yudhoyono undur diri sebagai anggota dewan rakyat Indonesia
Setiausaha Agong Parti Demokrat (PD) Edhie Baskoro Yudhoyono, yang juga anak lelaki Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono mengundurkan diri sebagai anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).