awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekonomi: Presiden AS tandatangani dua perintah eksekutif

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2021
23:46 MYT
Ekonomi: Presiden AS tandatangani dua perintah eksekutif
Joe Biden menandatangani perintah eksekutif berkaitan ekonomi di White House, Washington, 22 Jan, 2021, sambil diperhatikan Kamala Harris (kiri). (Foto AP)
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani dua perintah eksekutif berkaitan ekonomi yang dijangka memberi kelegaan susulan keadaan ekonomi merosot akibat COVID-19.
Kedua-dua perintah eksekutif itu adalah sebahagian besar daripada penghentian sementara ketika Kongres mempertimbangkan pelan rangsangan bernilai 1.9 trilion dolar Amerika daripada Biden.
“Naib Presiden Kamala Harris dan saya sudah mendengar taklimat daripada pasukan berkaitan ekonomi dan kami kekal dengan pendirian bahawa krisis kesihatan awam menyebabkan kehilangan pekerjaan dan krisis ekonomi dalam era moden ini.
“Krisis ini hanya lebih parah. Ia tidak bertambah baik. Semalam kami mengenal pasti 900,000 rakyat Amerika yang memfailkan pengangguran.
"Mereka menyertai jutaan rakyat Amerika yang, bukan salah mereka, tetapi hilang martabat dan kehormatan diri kerana tiada kerja, tiada gaji.
"Ramai daripada mereka tidak menyangka sama sekali mereka akan hilang pekerjaan,” katanya pada Jumaat.
Perintah eksekutif tersebut bertujuan meningkatkan bantuan makanan, mempermudah proses memohon bantuan kerajaan, melindungi rakyat yang menganggur dan memastikan gaji minimum 15 dolar sejam untuk pekerja dan kontraktor persekutuan.
Sebilangan besar ahli ekonomi percaya AS bakal pulih dari segala krisis selepas rakyatnya diberikan suntikan vaksin.
Topic Berkaitan
#AS
#ekonomi
#Joe Biden
#vaksin
#kesihatan
#COVID-19
#perintah eksekutif
#penghentian sementara
#kongres
#krisis kesihatan awam
#hilang pekerjaan
#pengangguran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan