awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eksport bijiran Laut Hitam disambung, umum Presiden Turkiye

Bernama
Bernama
02/11/2022
23:15 MYT
Eksport bijiran Laut Hitam disambung, umum Presiden Turkiye
ERDOGAN: Penghantaran bijirin akan diteruskan seperti yang dirancang setakat tengah hari ini. - Foto fail/AP
ANKARA: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu mengumumkan penyambungan semula Perjanjian Bijirin Laut Hitam,
"Selepas perbualan telefon bersama (Presiden Rusia Vladimir) Putin semalam, Menteri Pertahanan Rusia (Sergei) Shoigu menghubungi Menteri Pertahanan kami Hulusi Akar dan menyatakan bahawa penghantaran bijirin akan diteruskan seperti yang dirancang setakat tengah hari ini," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Erdogan pada mesyuarat kumpulan Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) di parlimen.
Pemimpin Turkiye itu berkata beliau akan membuat panggilan telefon dengan rakan sejawatannya dari Ukraine, Volodymyr Zelenskyy pada lewat Rabu..
Ditanya sejauh mana Rusia yakin untuk menyambung semula perjanjian itu, Erdogan memberitahu pemberita selepas pertemuan itu: "Serahkan kepada saya, saya akan menjelaskan kepada (Presiden AS Joe) Biden dahulu."
Pada 22 Julai, Turkiye, PBB, Rusia, dan Ukraine menandatangani perjanjian di Istanbul untuk menyambung semula eksport bijirin Laut Hitam, yang dihentikan sementara selepas perang Rusia-Ukraine bermula pada Februari.
Pada Sabtu, Rusia mengumumkan bahawa ia akan menggantung penyertaannya dalam perjanjian eksport bijirin Laut Hitam yang diurus PBB susulan serangan Ukraine ke atas kapal Armada Laut Hitamnya.
Bagi pihaknya, Turkiye telah mengambil inisiatif yang diperlukan dengan semua pihak untuk menyelesaikan masalah berkaitan pelaksanaan perjanjian itu, yang telah menghantar lebih 10 juta tan bijirin sejak awal Ogos, sekali gus membantu membendung krisis makanan global, lapornya.
PBB, AS, Turkiye, dan negara lain serta pelakon antarabangsa menekankan keinginan mereka untuk melihat perjanjian itu diteruskan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Recep Tayyip Erdogan
#Laut Hitam
#bijirin
#AK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan