awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Daftar Pemilih Tambahan November 2025 dibuka untuk semakan - SPR
Wanita Palestin hadapi penderaan di penjara Israel - Pejabat media
Ringgit melonjak ke paras tertinggi sejak awal Mac 2021
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elon Musk bebas tuduhan kelirukan pelabur

Agensi
Agensi
04/02/2023
05:13 MYT
Elon Musk bebas tuduhan kelirukan pelabur
Elon Musk dibebaskan daripada tuduhan salah laku susulan kenyataan yang didakwa "mengelirukan" di akaun Twitter pada Ogos 2018. -AP
LOS ANGELES: Pengasas Tesla, Elon Musk dibebaskan daripada tuduhan salah laku susulan kenyataan yang didakwa "mengelirukan" di akaun Twitter pada Ogos 2018.
Hartawan kontroversi itu didakwa menciap kenyataan mengenai “pembiayaan dijamin” untuk menjadikan syarikat pembuat kereta itu menjadi miliknya.
Musk menghadapi pendakwaan mahkamah yang difailkan bagi pihak pemegang saham Tesla yang mendakwa ciapan beliau bertarikh Ogos 2018 itu mengelirukan mereka.
Bagaimanapun, cadangan pembelian AS$72 bilion (RM306.5 juta) itu tidak pernah menjadi kenyataan.
Dalam perbicaraan melibatkan sembilan juri itu, Musk boleh dikenakan bayaran ganti rugi berbilion dolar jika didapati bersalah.
Musk, yang memohon perbicaraan dipindahkan ke Texas di mana syarikat Tesla berpangkalan, ternyata gembira dengan keputusan itu.
“Syukurlah, kebijaksanaan rakyat telah didengari.
"Saya amat menghargai keputusan sebulat suara juri yang memutuskan saya tidak bersalah dalam kes pengambilalihan persendirian ke atas Tesla 420,” tulisnya di Twitter.
Tumpuan kepada tuntutan mahkamah ialah tweet Musk pada 7 Ogos 2018: “Saya sedang mempertimbangkan untuk mengambil Tesla secara peribadi pada AS$420 juta. Pembiayaan dijamin.”
Plaintif juga berhujah bahawa Musk telah berbohong apabila dia menciap di Twitter bahawa “sokongan pelabur disahkan”.
Harga saham melonjak selepas ciapan itu dimuat naik, namun kemudiannya jatuh dalam beberapa hari selepas perjanjian itu dilihat tidak akan berjaya.
Ia menyebabkan pelabur kerugian sehingga AS$12 bilion (RM51.1 billion).
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#Tesla
#kenyataan mengelirukan
#bebas tuduhan salah laku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan