awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elon Musk lancar Starlink di Indonesia

Amanz
Amanz
20/05/2024
06:15 MYT
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
Musk ketika majlis pelancaran Starlink di Bali, semalam. - Gambar/ Reuters
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Acara dilakukan di Bali dan langkah itu dilihat sebagai usaha Musk untuk cuba memberikan mesej bahawa beliau serius dalam pelaburan di Indonesia yang menyaksikan Tesla juga akan membuka kilang bateri di negara tersebut.
Dalam sidang medianya, Musk menekankan kepentingan sambungan internet dengan ia boleh menjadi penyelamat di kawasan terpencil.
Dengan Indonesia mempunyai lebih daripada 17,000 pulau, isu capaian internet pantas sudah lama berlarutan dan Starlink dilihat sebagai antara penyelesaian yang boleh digunakan.
Serentak dengan pelancaran Starlink di Indonesia, mereka membuka tiga pusat kesihatan dengan sambungan internet satelit, dua di Bali dan satu lagi di Aru yang terletak di Maluku.
Indonesia dipercayai menjadi pilihan Tesla untuk kilang bateri kereta kerana ia mempunyai antara simpanan logam nikel yang terbesar di dunia serta kos yang rendah berbanding negara lain di rantau Asia Tenggara. - Amanz
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#Starlink
#Indonesia
#Tesla
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan