awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elon Musk mahu teruskan perjanjian pembelian Twitter

Astro Awani
Astro Awani
04/10/2022
22:30 MYT
Elon Musk mahu teruskan perjanjian pembelian Twitter
Elon Musk bercadang untuk meneruskan tawaran asalnya untuk membeli Twitter dengan nilai AS$44 bilion.
JUTAWAN Elon Musk bercadang untuk meneruskan tawaran asalnya untuk membeli Twitter dengan nilai AS$44 bilion.
Hasrat ini didedahkan berdasarkan pemfailan sekuriti yang menandakan berakhirnya tindakan undang-undang yang boleh memaksa Musk untuk membayar kerugian pada syarikat media sosial itu.
Perjanjian pembelian akan menamatkan pertikaian litigasi selama beberapa bulan.
Pertikaian itu sebelum ini menjejaskan jenama Twitter serta reputasi Musk.
Pada awalnya Ketua Pengawai Eksekutif Tesla itu mahu mengambil alih Twitter pada April namun membatalkan hasratnya itu.
Saham Twitter melonjak 12.7 peratus kepada AS$47.93 sesaham sebelum dagangan dihentikan buat kali kedua, manakala saham Tesla meningkat kira-kira 2.4 peratus.
Laporan ini menyusul pertemuan yang sangat dinanti-nantikan antara Musk dan Twitter di Mahkamah Chancery Delaware pada 17 Oktober.
Syarikat media sosial itu ditetapkan untuk mendapatkan perintah mengarahkan Musk menutup perjanjian itu untuk $44 bilion.
Musk menerusi suratnya kepada Twitter memaklumkan mahu meneruskan perjanjian itu mengikut syarat asal jika Hakim Delaware mengekalkan prosiding.
Twitter menerima surat Musk dan berhasrat untuk menutup perjanjian itu pada harga asal AS$54.20 sesaham.
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#Twitter
#pertikaian ligitagi
#Tesla
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan