awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elon Musk sahkan X hadapi 'serangan siber besar-besaran'

Bernama
Bernama
11/03/2025
03:00 MYT
Elon Musk sahkan X hadapi 'serangan siber besar-besaran'
Elon Musk mendakwa serangan terhadap platform media sosial X yang terbaru ini adalah serangan berskala besar. - Gambar fail
WASHINGTON: Platform media sosial X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter mengalami gangguan di seluruh dunia pada Isnin, akibat serangan siber dengan pemiliknya, jutawan teknologi Elon Musk mendakwa ia sebagai serangan berskala besar, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Terdapat (dan masih berlaku) serangan siber besar-besaran terhadap X.
"Kami diserang setiap hari, tetapi kali ini melibatkan sumber yang besar. Sama ada kumpulan terancang berskala besar atau ada negara terlibat. Masih dalam proses pengesanan..." kata Musk dalam satu hantaran di platform itu.
Gangguan mula dilaporkan sekitar 5.30 pagi waktu Timur (0930 GMT), dengan X berjaya memulihkan perkhidmatannya untuk kebanyakan pengguna dalam masa sejam.
Namun, gangguan kembali meningkat kira-kira tiga jam kemudian, menurut laman pengesan gangguan DownDetector.
X terus dilanda pelbagai masalah, termasuk halaman yang gagal dimuat.
Punca serangan siber masih belum diketahui.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#media sosial
#serangan siber
#Twitter
#X
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan