awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya

Astro Awani
Astro Awani
09/02/2026
01:20 MYT
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi (dua dari kiri) dari Parti Liberal Demokratik (LDP) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya umum Jepun pada Ahad. - Gambar Reuters
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, susulan kemenangan besar Parti Liberal Demokratik (LDP) dalam pilihan raya umum Jepun pada Ahad.
Dalam satu hantaran di Facebook, Perdana Menteri menyifatkan kemenangan itu sebagai mandat kukuh yang menunjukkan keyakinan rakyat Jepun terhadap visi Takaichi untuk memulihkan ekonomi negara serta kemampuannya menarik sokongan generasi muda.
“Mandat ini mencerminkan keyakinan rakyat terhadap visi beliau untuk pembaharuan ekonomi Jepun dan kebolehannya menggerakkan generasi pengundi muda,” katanya.
Anwar turut mengimbas lawatan Takaichi ke Malaysia ketika Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober 2025, hanya beberapa hari selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Jepun.
Dalam hantaran sama, Anwar memuji komitmen Takaichi dalam beberapa agenda utama, termasuk ketahanan ekonomi, peralihan hijau, keselamatan maritim dan kerjasama strategik dua hala.
“Malaysia komited meneruskan momentum kerjasama ini,” katanya.
Perdana Menteri turut menyentuh slogan kerja keras Takaichi yang pernah menegaskan beliau akan “work, work, work, work and work” demi Jepun.
“Saya menantikan kerjasama erat dengan Perdana Menteri Takaichi untuk membawa Kerangka Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia–Jepun (CSP) ke tahap lebih tinggi,” tambah beliau.
Menurut laporan Kyodo News, LDP bersama rakan gabungannya, Japan Innovation Party (Ishin), meraih lebih dua pertiga majoriti di Dewan Rendah, melepasi 310 daripada 465 kerusi - menjadikan LDP parti pertama era pascaperang Jepun yang mencapai supermajoriti sedemikian.
Pencapaian itu memberi ruang lebih besar kepada kerajaan untuk meluluskan rang undang-undang walaupun ditolak Dewan Atasan, selain membuka potensi ke arah pindaan Perlembagaan Jepun.
Kemenangan besar tersebut dijangka memperkukuh kedudukan Takaichi dalam melaksanakan agendanya, termasuk pemulihan ekonomi dan pengukuhan keselamatan negara, yang menjadi tumpuan sejak beliau mengambil alih pentadbiran.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Sanae Takaichi
#pilihan raya umum
#Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan