awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat maut dalam tiga kejadian tembakan di selatan Thailand

Bernama
Bernama
12/06/2017
23:56 MYT
Empat maut dalam tiga kejadian tembakan di selatan Thailand
Senjata api milik sukarelawan terbabit turut dibawa lari oleh penyerang tidak dikenali itu.
Empat maut dalam tiga kejadian tembakan berasingan di wilayah Pattani dan Narathiwat, selatan Thailand petang Isnin.
Menurut Ketua Polis Pattani Mej Jen Piyawat Chalermsi, kejadian pertama berlaku pada 5 petang waktu tempatan di daerah Thung Yang Daeng, Pattani apabila seorang sukarelawan tempatan maut ditembak ketika pulang dari membeli juadah berbuka puasa.
"Mangsa yang menaiki motosikal ditembak dan mati ditempat kejadian. Turut terbunuh dalam kejadian itu adalah seorang awam yang berada berhampiran kawasan kejadian," katanya.
Senjata api milik sukarelawan terbabit turut dibawa lari oleh penyerang tidak dikenali itu, katanya.
Dalam kejadian kedua kira-kira 20 minit selepas itu, penolong ketua kampung Mukim Kerasak di Mayo, Pattani dikenali sebagai Abdullah Set mati ditembak penyerang tidak dikenali di hadapan kawasan rumahnya.
Sebelum itu pada 2 petang, seorang awam dikenali, Bakri Naing, 41, ditemui mati di hadapan rumahnya di Takbai, Narathiwat dengan kesan-kesan tembakan di bahagian kepala dan badan.
Pihak polis sedang menyiasat ketiga-tiga kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Narathiwat
#Pattani
#selatan thailand
#tembakan
#Thung Yang Daeng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan