awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam beranak antara 44 maut akibat serangan udara Israel di Gaza

Astro Awani
Astro Awani
24/04/2025
23:30 MYT
Enam beranak antara 44 maut akibat serangan udara Israel di Gaza
Beberapa mayat dilihat terbaring di atas tanah, termasuk seorang wanita muda dan seorang kanak-kanak yang dibungkus dalam beg mayat, dikelilingi ahli keluarga yang menangis hiba sambil mengucup wajah mereka. - Foto AP
GAZA: Sekurang-kurangnya 44 penduduk Palestin terkorban dalam siri serangan udara terbaharu Israel, di sini, pada Khamis, termasuk sepasang suami isteri bersama empat anak mereka yang maut selepas rumah mereka di utara Gaza City musnah dibedil ketika mereka sedang tidur.
“Apalagi yang boleh saya katakan? Kemusnahan ini tidak mengenal siapa pun,” kata Nidal Al-Sarafiti, saudara kepada keluarga mangsa.
Dalam satu serangan berasingan di kawasan Jabaliya, sekurang-kurangnya 10 lagi mangsa terkorban apabila sebuah bekas balai polis menjadi sasaran.
“Letupan itu sangat dahsyat, seluruh kawasan bergegar,” kata Abdel Qader Sabah, 23, salah seorang mangsa terselamat.
“Semua orang menjerit dan melarikan diri dalam keadaan panik, tidak tahu ke mana hendak dituju kerana terlalu terkejut dan ketakutan.”
Di beberapa kawasan lain di Gaza, sekurang-kurangnya 28 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh dalam siri serangan udara, termasuk di kawasan selatan Khan Younis.
“Kami sedang duduk dengan tenang apabila peluru berpandu jatuh,” kata Mohammed Faris, yang menyaksikan sendiri sebuah rumah diserang di bandar itu.
“Saya langsung tidak faham... apa sebenarnya yang sedang berlaku.”
Beberapa mayat dilihat terbaring di atas tanah, termasuk seorang wanita muda dan seorang kanak-kanak yang dibungkus dalam beg mayat, dikelilingi ahli keluarga yang menangis hiba sambil mengucup wajah mereka.
“Seorang demi seorang... kami mati dalam kepingan,” kata Rania Al-Jumla, yang kehilangan kakaknya dalam satu lagi serangan di Khan Younis.
“Cukuplah. Setiap hari ada kematian, setiap hari kami kehilangan orang tersayang.”
Hospital Kanak-Kanak Durra di Gaza City terpaksa dihentikan operasi selepas bahagian atas bangunan itu dibedil dalam satu serangan pada hari sebelumnya, merosakkan unit rawatan rapi dan memusnahkan sistem tenaga solar hospital berkenaan.
Tiada kematian dilaporkan dalam insiden tersebut.
Sistem kesihatan Gaza kini berada di ambang lumpuh susulan perang 18 bulan oleh Israel, yang telah merosakkan kebanyakan hospital, mengorbankan doktor serta petugas kesihatan, dan menghalang kemasukan bekalan perubatan penting.
Sementara itu, usaha rundingan damai yang ditengahkan oleh Qatar dan Mesir dilaporkan menemui jalan buntu selepas gagal mencapai gencatan senjata yang berkekalan antara Israel dan Hamas.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#perang Hamas-Israel
#israel serang gaza
#rundingan damai
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan