awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat cetus banjir, tanah runtuh di bandar Negor, Filipina
Lebih 500,000 sertai perarakan pro-Palestin di Jambatan Galata, Istanbul pada Tahun Baharu
22 cedera dalam letupan bom tangan semasa sambutan Tahun Baharu di selatan Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam bulan penguasaan Taliban, Universiti Kabul dibuka semula

Astro Awani
Astro Awani
26/02/2022
13:41 MYT
Enam bulan penguasaan Taliban, Universiti Kabul dibuka semula
Universiti Kabul di Afghanistan dibuka semula pada Sabtu, enam bulan selepas negara itu diambil alih Taliban. - Gambar AP
KABUL : Universiti Kabul di Afghanistan dibuka semula pada Sabtu, enam bulan selepas negara itu diambil alih Taliban.
Bagaimanapun, beberapa peraturan baharu dikenakan termasuk pengasingan pelajar lelaki dan wanita selain wajib menutup aurat.
Malah, anggota Taliban turut kelihatan berkawal di beberapa pintu masuk Universiti Kabul.
Kebanyakan pelajar tidak menyangka keputusan Taliban untuk membenarkan mereka menyambung semula pelajaran di peringkat universiti.
Sebelum ini, isu sama ada pelajar wanita dibenarkan menyambung pelajaran di universiti tanpa sekatan peraturan menjadi antara tumpuan komuniti antarabangsa.
Ia berikutan Taliban mengenakan peraturan terlalu ketat untuk pelajar wanita semasa pemerintahan tahun 1996 hingga 2001.
Taliban bagaimanapun nafi dakwaan bahawa puak itu menolak sebarang bentuk pendidikan tinggi untuk kaum wanita, sebaliknya mahu mereka menyambung pelajaran dengan mengenakan pakaian yang berlandaskan ajaran Islam.
Taliban mengambil alih pentadbiran Afghanistan pada Ogos lalu, sekali gus menamatkan kehadiran tentera Amerika Syarikat serta NATO selama bertahun-tahun selain menyaksikan pengunduran Presiden Ashraf Ghani.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Universiti Kabul
#Taliban
#pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan