Mahkamah Kemboja pada Isnin mendakwa enam orang – termasuk seorang petugas tempatan Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) – atas tuduhan percubaan merasuah seorang wanita supaya menafikan hubungan sulit dengan anggota tertinggi parti pembangkang.
Perkembangan itu adalah yang terkini dalam skandal seks negara itu sejak kes pembocoran butir perbualan telefon antara ahli politik, Kem Sokha, dengan seorang pendandan rambut berusia 25 tahun pada dua bulan lalu, lapor AFP.
Kumpulan haluan kanan berkata, perbicaraan di mahkamah adalah percubaan terkini oleh Perdana Menteri Hun Sen untuk mengekang pihak pembangkang daripada menggugat kuasanya yang telah bertahan selama 31 tahun.
Wanita itu pada awalnya menafikan hubungan sulit dengan Kem Sokha, iaitu timbalan ketua Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja.
Namun, wanita tersebut menukar pengakuan dan mengakui hubungan tersebut. Dia juga menuduh kumpulan Persatuan Hak Asasi dan Pembangunan Kemboja (ADHOC) telah mengarahkannya untuk menafikan dakwaan itu.
Pada Khamis, unit anti rasuah negara itu telah menahan empat ahli kumpulan tersebut bersama seorang bekas petugas kumpulan. Mereka kini dalam tahanan polis.
"Kami akan mendakwa mereka atas kesalahan cuba merasuah saksi,” ujar jurucakap pejabar pendakwaraya Ly Sophanna.
Seorang petugas pejabat hak asasi PBB, Sally Soen, juga didakwa bersubahat dalam perbuatan rasuah itu.
Pihak pendakwaraya masih belum mendedahkan butiran kesalahan rasuah itu.
Di bawah kod kesalahan jenayah berkenaan, tertuduh berdepan hukuman penjara 10 tahun jika disabitkan kesalahan.
Khem Sokha setakat ini belum membuat sebarang komen mengenai kes tersebut.
Agensi
Mon May 02 2016
Kem Sokha yang terpalit kontroversi skandal itu setakat ini belum membuat sebarang komen. - Foto AFP
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Kemboja: Bekas ketua pembangkang Kem Sokha dijatuhi hukuman penjara 27 tahun
Sebuah mahkamah di Kemboja pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara 27 tahun ke atas bekas ketua pembangkang Kem Sokha selepas didapati bersalah atas tuduhan melakukan khianat, lapor Agensi Berita Xinh
Enam didakwa rasuah untuk tutup skandal seks pemimpin pembangkang Kemboja
Salah seorang yang didakwa ialah petugas tempatan pejabat hak asasi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana disyaki bersubahat.