awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita warga Taiwan ditemukan lemas di Pulau Pangkor
Raja Jordan terima undangan Trump sertai Lembaga Keamanan Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam terkorban dalam kebakaran pusat beli-belah di Karachi

Bernama
Bernama
18/01/2026
14:29 MYT
Enam terkorban dalam kebakaran pusat beli-belah di Karachi
Kira-kira 30 orang dilaporkan cedera dan lebih 1,000 kedai musnah dalam kebakaran yang berlarutan sehingga Ahad. - AP
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya enam orang, termasuk seorang anggota bomba, terkorban manakala ramai lagi cedera selepas kebakaran besar berlaku di sebuah pusat beli-belah popular di Karachi, lewat Sabtu.
Kebakaran itu memusnahkan bangunan bertingkat Gul Plaza yang terletak di Jalan M.A. Jinnah pada Sabtu malam.
Kira-kira 30 orang dilaporkan cedera dan lebih 1,000 kedai musnah dalam kebakaran yang berlarutan sehingga Ahad.
Perbadanan Metropolitan Karachi memaklumkan bahawa kebakaran dilaporkan pada 10.26 malam, dan jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian dalam tempoh beberapa minit.
Menurut perbadanan itu, seorang daripada mangsa yang terkorban merupakan seorang anggota bomba.
Anggota pasukan separa tentera Rangers Pakistan turut membantu petugas bomba dalam kerja-kerja menyelamat.
Jumlah kematian dikhuatiri meningkat berikutan ramai mangsa dipercayai masih terperangkap di dalam bangunan empat tingkat yang musnah itu, selain beberapa mangsa yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan parah.
Rakyat Pakistan di media sosial menzahirkan rasa terkejut atas kehilangan nyawa dan kerosakan yang dialami oleh destinasi beli-belah ikonik di bandar terbesar negara itu.
Ahli politik, Fouzia Hameed menyifatkan kebakaran itu sebagai "satu tragedi" dan mendakwa undang-undang keselamatan bangunan telah diabaikan selain langkah memadam kebakaran yang tidak mencukupi.
"Pihak yang bertanggungjawab mesti didakwa," katanya.
Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif telah mengarahkan agar rawatan perubatan terbaik diberikan kepada mangsa yang cedera dan berjanji akan membantu para peniaga yang perniagaan mereka musnah dalam kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran pusat beli-belah
#Karachi
#Pakistan
#mangsa korban
#angka kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan