awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iskandar Ismail berjaya muncul juara Gegar Vaganza 12
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita warga Taiwan ditemukan lemas di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
18/01/2026
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Januari 2026.
1. Tanda tanya terjawab, anak sahkan Nadia Kesuma meninggal dunia
Tanda tanya mengenai kehilangan pelakon Nadia Kesuma sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah terungkai apabila wanita itu dilaporkan sudah meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis lalu.
2. Budaya 'yeye': Siasatan menyeluruh ikut prosedur dalaman ketat tanpa kompromi - Adly
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh mengikut prosedur dalaman yang ketat tanpa kompromi melibatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikaitkan dengan budaya "Yeye" atau hedonisme.
3. PKR ambil maklum hasrat UMNO bentuk gabungan besar parti Melayu Islam - Fahmi
PKR mengambil maklum hasrat UMNO untuk membentuk sebuah gabungan besar melibatkan parti-parti politik Melayu-Islam, kata Ketua Penerangannya Datuk Fahmi Fadzil.
4. Amanah saran pendekatan baharu, persaingan positif perkasa Melayu Islam
Parti Amanah Negara (Amanah) menyarankan agar pendekatan baharu yang lebih inklusif dan berkesan dirangka dalam usaha memperkasa orang Melayu dan Islam, susulan cadangan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya satu kerangka besar parti Melayu Islam dibentuk.
5. Pas teliti cadangan UMNO tubuh gabungan besar
Pas akan meneliti bentuk kerjasama yang dicadang UMNO untuk menyatukan orang Melayu melalui sebuah “gabungan besar”, kata Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
6. Lereng bukit setinggi 20 kaki runtuh di Taman Bukit Teratai Ampang
Lereng bukit setinggi 20 kaki dilaporkan runtuh di Taman Bukit Teratai Ampang di sini pagi tadi, dipercayai berpunca daripada kebocoran paip bawah tanah.
7. Jika itu singgung DAP, saya tarik balik apa yang saya sebutkan - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menarik balik kenyataan beliau sebelum ini yang menggambarkan seolah-olah DAP memiliki dua kem, jika ia menyinggung parti itu.
8. Kolaborasi Agung: Bersatu ambil sikap terbuka, bakal pertimbang cadangan Zahid
Bersatu akan mempertimbangkan cadangan dikemukakan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkenaan ‘kolaborasi agung’ untuk menyatukan parti politik Melayu-Islam.
9. Projek eskalator Batu Caves diteruskan, tertakluk penyelesaian teknikal - Gobind
Kerajaan Negeri Selangor dan pengurusan Kuil Batu Caves mencapai persefahaman untuk meneruskan projek pembinaan eskalator di kuil berkenaan, namun pelaksanaannya masih tertakluk kepada penyelesaian beberapa aspek teknikal, kata Pengerusi DAP Gobind Singh Deo.
10. Penduduk gesa tindakan segera atasi kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Teratai
Penduduk Taman Saga berharap tindakan segera dilaksanakan oleh pihak berwajib susulan kejadian tanah runtuh setinggi 20 kaki di lereng bukit Taman Bukit Teratai Ampang di sini pagi Ahad.
Topic Berkaitan
#berita tempatan
#berita tumpuan
#berita penting
#berita pilihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan