awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir bertambah buruk di Sarawak, 2,831 mangsa dipindahkan ke 39 PPS
PRK Kinabatangan, Lamag: Jalan sekitar pusat penamaan calon mula ditutup
PM Australia beri amaran cuaca melampau dan berbahaya ketika kebakaran hutan marak di Victoria
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Erdogan desak sokongan teguh untuk UNRWA

Bernama
Bernama
14/02/2024
00:15 MYT
Erdogan desak sokongan teguh untuk UNRWA
Erdogan menyuarakan kebimbangan berhubung semakin banyak kritikan terhadap UNRWA. - Foto AP
DUBAI: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyeru semua negara yang "prihatin" untuk berdiri teguh di belakang Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), memandangkan agensi ini telah memainkan peranan penting dalam membantu jutaan pelarian di Jordan, Syria, Lubnan dan Palestin.
Berucap pada World Governments Summit (WGS) 2024, di sini pada Selasa, Erdogan menyuarakan kebimbangan berhubung semakin banyak kritikan terhadap UNRWA, terutamanya selepas dakwaan yang melibatkan beberapa kakitangan agensi itu dalam konflik antara Hamas-Israel di Gaza.
Menurut beliau, walaupun UNRWA telah melancarkan siasatan terhadap dakwaan itu, pemotongan dana daripada beberapa negara berisiko memburukkan lagi krisis kemanusiaan.
Erdogan menekankan kepentingan menangani punca konflik Gaza dan menyokong penubuhan negara Palestin merdeka berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
Beliau menggesa Israel untuk menghentikan dasar-dasarnya dan mengakui hak rakyat Palestin untuk mempunyai sebuah negara yang merdeka bagi memastikan keamanan yang berkekalan di rantau itu.
Sempena lawatannya ke UAE untuk sidang kemuncak itu, Erdogan mengulangi sokongan tidak berbelah bahagi Turki untuk perjuangan Palestin, mengutuk tindakan Israel di Gaza selain menyatakan solidariti dengan rakyat Palestin, lapor Agensi Anadolu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Recep Tayyip Erdogan
#UNRWA
#pelarian
#krisis kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan