awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Erdogan mengundi pada pusingan kedua pilihan raya presiden

Bernama
Bernama
28/05/2023
11:51 MYT
Erdogan mengundi pada pusingan kedua pilihan raya presiden
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengundi pada pusingan kedua pilihan raya presiden pada Ahad. - Foto REUTERS
ANKARA: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengundi pada pusingan kedua pilihan raya presiden pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.
Ini merupakan pilihan raya penentu pertama dalam sejarah demokrasi Turkiye, kata Erdogan kepada pemberita selepas melaksanakan tanggungjawabnya di daerah Uskudar di Istanbul.
Erdogan menggesa semua rakyat untuk mengundi sambil menambah peratusan keluar mengundi hampir 90 peratus dalam pilihan raya 14 Mei, satu trend yang jarang berlaku di seluruh dunia.
Pengundian bermula pada pukul 8 pagi waktu tempatan (0500GMT).
Lebih 64.1 juta orang dijangka mengundi, termasuk lebih 1.92 juta pengundi luar negara yang sudah melaksanakan tanggungjawab mereka dan 4.9 juta pengundi merupakan pengundi kali pertama.
Sebanyak 191,885 peti undi telah disediakan di seluruh negara.
Dalam pusingan kedua, Erdogan bakal berdepan Kemal Kilicdaroglu, ketua pembangkang dari Parti Rakyat Republikan (CHP).
Pengundian di luar negara diadakan sehingga 24 Mei.
Pusat mengundi akan ditutup pada 5 petang waktu tempatan (1400GMT) pada Ahad.
Berjuta-juta pengundi keluar mengundi pada 14 Mei untuk memilih presiden negara itu dan 600 ahli Parlimennya.
Turkiye melaksanakan pilihan raya penentu pada Ahad bagi memilih presiden selepas tiada calon yang memperoleh 50 peratus undi dalam pemilihan pusingan pertama, meskipun Erdogan mendahului dengan 49.52 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan
#mengundi
#pusingan kedua
#pilihan raya presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan